Setelah beberapa orang pelajar autisme cemerlang dalam pepeperiksaan UPSR, PMR/PT3 dan SPM sebagaimana yang telah pak yoep war-warkan sebelum ini. Buat julungkalinya seorang pelajar autisme telah menduduki STPM dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2014.
Dengan pelbagai kekurangan yang ada jika dibandingkan dengan pelajar normal yang lain, jika dididik dengan sebaik mungkin, mereka mampu cemerlang dalam akademik. Potensi yang ada pada setiap anak-anak autisma perlu dicungkil oleh ibubapa dan guru. Mungkin ada yang berpotensi dalam akademik seperti yang telah dibuktikan oleh Farah Raihanah Atan, 19 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim, Kulai, Johor
Tahniah! Pak Yoep ucapkan atas kejayaan adik ini. Moga ianya menjadi pendorong kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme memberi didikan terbaik kepada anak-anak autisme mereka. Mencungkil potensi-potensi yang ada pada anak mereka. Tidak kira apa bidang pun. Jika mereka berkemampuan dalam akademik, berikan sokongan yang semaksimum mungkin dengan dibantu oleh guru-guru di sekolah.
Kuala Lumpur: Status sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak
menghalang seorang calon autisme Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014
Farah Raihanah Atan, 19, untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
itu apabila berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50 selepas
keputusan itu diumumkan semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim,
Kulai, Johor itu berkata, walaupun dia berdepan kesukaran untuk mengingati
pelajaran dan fakta dalam kelas khususnya dalam subjek Pengajian Am, namun dia
tetap nekad meneruskan pengajian.
Katanya, dia tidak terlalu memaksa diri untuk mengulang kaji
pelajaran dan akan mengambil masa untuk berehat sekiranya waktu ulang kaji
memberi tekanan kepada dirinya.
“Saya hanya mengulang kaji antara 15 hingga 30 minit sehari
dan jika terlalu stress saya akan rehatkan diri sebelum sambung mengulang kaji.
“Sebagai penghidap autisme, kami sentiasa dalam dunia
sendiri dan saya bermasalah untuk mengingati fakta dalam subjek Pengajian Am.
Namun, apa yang penting saya cuba beri fokus dalam kelas dan jika tidak jelas mengenai
sesuatu perkara, saya rajin bertanya kepada guru dan rakan sekelas ramai
membantu,” katanya.
Farah Raihanah bersama tiga lagi calon lagi diumumkan
sebagai Calon Terbaik STPM 2014 (Kategori Calon Istimewa) selepas keputusan
diumumkan di Majlis Peperiksaan Malaysia, di sini, semalam.
Tiga calon terbaik lain ialah Kaveinthran Pulanthran dari
SMK St John, Kuala Lumpur, Mohamad Asri Arshad dan Mohamad Firdaus Ngatiman
yang kedua-duanya dari Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Manakala seorang Calon Terbaik STPM 2014 (Kategori Luar
Bandar), Siti Norfariha Juhari, 19, berkata, dia tidak pernah meletakkan
harapan tinggi dan begitu gembira apabila berjaya mendapat 4A 1B dalam
peperiksaan itu.
Katanya, dia mengakui format baru dalam peperiksaan STPM
yang bermula sejak 2013 agak mencabar terutama dalam kerja kursus.
“Bagaimanapun, guru sentiasa memberi galakan supaya tidak
berhenti tingkatan enam separuh jalan walaupun ada di antara pelajar lain
berbuat demikian kerana menganggap format baru yang mempunyai kerja kursus ini
agak mencabar.
“Saya sebelum ini memang berhasrat untuk meneruskan
pelajaran di tingkatan enam kerana ia adalah platform terbaik untuk ke IPTA
bagi membolehkan cita-cita menjadi seorang guru atau pensyarah
tercapai,”katanya.
Sumber - Akhbar Harian
Sumber - Akhbar Harian
No comments:
Post a Comment