Bekas kakitangan sebuah bank yang berhenti kerja demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak sedar tanpa perhatian sepenuhnya dan kasih sayang, Asyraff yang menghidap autisme mungkin tercicir berbanding murid lain.

Muhammad Syami yang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman II di sini menghadiahkan ibunya dan keluarga dengan pencapaian 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Muhammad Syahmi disahkan menghidap autisme ketika berusia lima tahun lagi yang menyebabkan pertuturannya terbatas dan perangai agak berbeza dengan kanak-kanak sebaya lain.

“Dia cenderung pada mata pelajaran berkaitan Sains dan Matematik, malah penguasaan dan daya ingatannya begitu bagus,” kata ibu kepada dua orang anak itu ketika ditemui selepas menemankan Syahmi mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut baru-baru ini.

Muhammad Syahmi Asyraff dan Muhammad Fakhruddin Abdul Razak (calon rabun) dari SK Sungai Lerek di Setiu merupakan dua daripada 163 calon berkeperluan khas di negeri ini yang mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut.

Menurut Hayani, Muhammad Syahmi telah dirujuk kepada pakar psikiatri selama setahun berikutan masalah pertuturan dan kemudian ditempatkan di prasekolah pendidikan khas SK Seri Budiman II sebelum memulakan persekolahan darjah satu di kelas harian biasa sekolah tersebut.

Katanya, kemampuan Syahmi dalam bidang akademik mula terserlah ketika di tahun tiga kerana sebelum itu anaknya masih dalam proses membiasakan diri dengan alam persekolahan dan kawan-kawan.

Sementara itu, Syahmi menganggap kejayaan tersebut sebagai hadiah buat keluarga terutama ibu yang banyak membantu menemaninya belajar selama ini.

“Terima kasih untuk keluarga dan cikgu. Saya bercita-cita menjadi angkasawan. Selepas ini saya merancang untuk bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek,” katanya yang gemar mengumpul replika kapal terbang.