Saturday, March 7, 2015

Tadika autisma - Sukar

Realiti.....

Cabaran utama ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme ialah apabila ingin mencari tadika yang boleh menerima anak autisme mereka. Amat kurang tadika yang mempunyai tenaga mahir yang mampu mengawal anak autisme dan boleh dikatakan amat sukar bagi kita orang Islam.

Pengalaman kami, pengusaha taska tidak menerima Faqihah mendaftar ke tadika kepunyaan mereka atas faktor autism dan hiperaktif. Masa terpaksa diperuntukan mencari tadika yang bersesuaian tetapi sukar. Isteri pak yoep terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan untuk teruskan pencarian tadika kerana kesuntukan masa.

Banyak tadika yang ditemui tidak dapat menerima Faqihah apabila dimaklumkan tentang diri Faqihah.

No comments:

Post a Comment