Monday, March 9, 2015

BAGAIMANA 'ISLAM' MERAWAT ANAK-ANAK AUTISM

BAGAIMANA 'ISLAM' MERAWAT ANAK-ANAK AUTISM
Kami petik status ringkas yang ditulis oleh Saiful Nang tentang seorang anak istimewa untuk kongsikan tips merawat sifat aneh anak autism. Beliau bernama Shafiq, salah seorang pelajar Akademi Insan Prihatin.
Umur beliau sudah 14 tahun. Namun, dia ada masalah dengan pergaulan dan keyakinan diri. Pernah masuk tahfiz dan kelas khas di Kelantan namun orang seperti beliau hanya menjadi lauk dan ulam pembuli-pembuli sahaja. Sangat imaginatif mencipta dunia dalam dimensi lain dan mampu menceritakannya seperti seolah-olah ia betul dan connected. Jika seseorang menipu dan bila kita tanya balik apa yang diceritakan lama dahulu, orang biasa akan kantoi menipu. Tetapi beliau tidak.
Beliau seorang anak austism atau lebih tepat penghidap Sindrom Aspeger. Penciptaan dimensi lain dalam fantasi anak-anak seperti ini membuatkan penipuan dan alam fantasi mereka kelihatan sangat realistik.
Alhamdulillah. Tidak sampai 2 minggu bersama kami, dunia fantasi penipuan itu berjaya dirobohkan. Daya imaginatif itu kami salurkan dalam ilmu mencongak agar Shafiq menjadi seorang anak yang kasyaf dan inovatif.
Terkini, Shafiq dan team seramai 7 orang selesai mengecat ‘bas baru’ RPWP, sebuah bas double decker yang pernah kami buka wakafnya sebelum ini. Alhamdulillah, wakaf umum itu berjaya mengutip 10% dari kos keseluruhan. Selebihnya dibiayai dari mekanisma wakaf enterprise Warga Prihatin.
Ramai yang bertanya apa yang kami lakukan dari hari pertama untuk kembalikan anak ini dari dunia fantasi ke alam realiti.
Apa yang kami buat ialah kami biarkan dahulu dia bercampur dengan anak-anak sinior untuk beberapa hari bagi mendapatkan maklumat tentang ‘dunia dia’. Jika kami ceritakan semua isi dunia fantasinya anda juga akan terpesona. Sebahagiannya malah membuatkan kami amat bimbang kerana jika dibiarkan dia boleh meneroka sesuatu yang sangat bahaya dirinya dan orang lain.
Setelah kami kenalpasti sejauh mana tahap fantasi beliau, maka kami arahkan semua warga agar jangan lagi percaya atau melayan cerita fantasinya agar hayalan itu tidak semakin menjadi-jadi. Kami minta murobbi yang matang untuk apit beliau setiap hari dengan memisahkan beliau dari pack anak-anak lain buat seketika. Kami minta beliau membaca alquran harfiah perkata agar beliau faham apa yang dibaca.
Setiap malam kami bawa dia ke dalam rutin syuro harian jemaah murobbi yang membincangkan segala asbab dan isu semasa. Di situ dia bersama beberapa anak-anak yang terpilih dapat dengar dan hayati segala perbincangan kami. Inilah yang mendewasakan beliau dan membuang segala fantasi dan sifat keanak-anakannya.
Alhamdulillah, hanya beberapa hari menyertai syuro, beliau sudah boleh melapur aktiviti harian dan segala pelajaran darinya kepada syuro dengan lancar. Itu juga menjadi latihan pidato dan skil komunikasi untuk beliau.
Kami juga kagum dengan soalan-soalan bertaraf dewasa yang dia ajukan. Dalam usia 14 tahun itu, ada soalan beliau sudah setanding bukan sahaja dengan anak normal yang sebaya, malah mengalahkan tahap pemikiran kita orang dewasa. Alhamdulillah kami bersyukur kerana dalam bidang kemahiran, beliau juga sudah meminta izin untuk merekacipta sesuatu. Cukuplah setakat itu yang mampu kami kongsikan tentang perkembangan beliau.
KESIMPULAN
Anak syurga ini sememangnya sangat ISTIMEWA bagi kami. Secara psikologi dan sosiologinya memang dia tiada dosa. Amat telus dan tidak menyimpan perasaan atau dendam kesumat. Kita selalu pandang anak sebegini menimbulkan masalah dan menyusahkan hidup kita. Sebenarnya masalah itu ada pada kita, bukan pada mereka. Kita kurang sabar dan kurang pengetahuan mengurus serta membentuk mereka.
Kehebatan Islam terletak pada rahsia dan perlaksanaan alQuran dan Sunnah yang kaffah, ritual berserta aktualnya secara berjemaah. Itulah yang mampu mengislahkan manusia yang lemah atau yang rosak akhlaknya biarpun seteruk mana. Yang penting harus sabar dan istiqomah.
Nabi SAW kata “tidak Islam tanpa jemaah”. ‘Power of the pack’ yang berbasmalah inilah yang diperlukan oleh anak-anak ini dan itu yang kita tidak punya. Jika hanya seorang dua yang berusaha memulihkan dia, pasti akan gagal. Beliau memerlukan apitan dan input yang cukup haul dari jemaah yang ramai dan berbasmalah. Bukannya jemaah yang ramai tapi tidak berpedoman. Apatahlagi bila ada yang mengambil kesempatan, terus menerus membuli dan memperbudak-budakkan dia. Di RPWP, membuli adalah dosa besar dan amat berat hukumannya.
Di Akademi Insan Prihatin, kami tidak ambil anak-anak berdasarkan pencapaian akademik mereka. Tidak semestinya kami ambil yang sedia pintar untuk dipandaikan lagi. Anak-anak begini jika dimasukkan dalam acuan pendidikan alam dan kalam secara berimbang akan mampu memacunya ke hadapan. Jika pandai lihat potensi khusus dalam diri anak ini, mereka boleh jadi lebih baik dari anak-anak normal.
Pada ketika orang melihat masa hadapan anak seperti ini hanya dinding, kami melihat masa hadapan anak ini seluas alam.
AIP adalah sekolah di mana orang bodoh dan pandai semua boleh masuk. Inilah sekolah swasta yang tidak melihat pada keuntungan sama sekali. Semua murobbi dan murobbiah dipanggil ayah atau ibu dan tidak bergaji. Anak yatim dan asnaf malah diutamakan, bukan dipandang sebelah mata dan diusir.
Prasarana AIP juga seadanya sahaja kerana ia dibiayai dengan tabungan dari titikpeluh, darah dan airmata sendiri. Semuanya atas dasar LILLAH BILLAH semata-mata. Bukannya sewenang-wenang mencedok dana berjuta untuk menyediakan segala kelangkapan paling canggih bagi memandaikan anak-anak yang memang sudah sedia pandai.
Kami bukan ambil orang pandai-pandai sahaja kemudian hujung tahun bangga dengan pencapaian sekolah yang ada banyak pelajar score A bertingkat-tingkat.
Jangan paksa kura-kura ambil exam yang arnab ambil. Mereka tak sama kerana arnab juga akan dapat F jika ambil exam yang kura-kura ambil.
Sumber - WARGA PRIHATIN FB

No comments:

Post a Comment