Tuesday, March 31, 2015

CARTA ALIR KEMASUKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Monday, March 30, 2015

Penulisan Impak & Refleksi RPH

Penulisan Impak & Refleksi Rancangan Pengajaran Harian - Guru

IMPAK :

        Jumlah bilangan murid yang hadir dan mencapai objektif P&P atau tidak. Ditulis dalam bentuk bilangan dan bukan bentuk peratusan (%).

REFLEKSI :

        Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan untuk murid yang mencapai objektif dan aktiviti pemulihan untuk murid yang tidak mencapai objektif. Tingkah laku murid sewaktu proses PdP tersebut juga dicatatkan.

Contoh penulisan refleksi;

1.   Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.

2.   Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.

3.   Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.

4.   Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. 


Penulisan Buku Log - Pembantu Pengurusan Murid

Perlu ditulis mengikut jadual waktu kelas yang diurus dan aktiviti selepas waktu persekolahan / cuti persekolahan. Bentuk penulisan juga adalah merangkumi aktiviti / perkara/kejadian pengurusan murid/bilik yang bukan berada pada skop kerja (menyapu, mengemop dll). Tingkah laku bermasalah didalam aktiviti PdP juga perlu ditulis secara ringkas (murid muntah, membuang air besar dan sebagainya).Sewaktu cuti sekolah juga penulisan buku log masih perlu dilakukan.

Saturday, March 28, 2015

Terapi Muzik : Autism

Friday, March 27, 2015

Famous people - Asperger's Syndrome


This article is about Asperger's Syndrome. Famous people believed to have had Asperger's Syndrome include Albert Einstein, Bill Gates, Alexander Graham Bell, Thomas Edison and Sir Isaac Newton...

Sistem Fail PPKI


1. Fail AM Pendidikan Khas
Surat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah. Fail ini disimpan di pejabat sekolah. Satu salinan fail (pendua) hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan.

Thursday, March 26, 2015

Mitos tentang anak autisme


RAMAI beranggapan mereka yang menghidap autisme adalah genius, hakikatnya ia adalah kes-kes terpencil.




KETIKA memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-kanak berada di dalam dunianya sendiri.
Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah boleh bercakap.
Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.
Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia perkara normal. Ada kemungkinannya anak-anak ini menghidap autisme.
Sebenarnya, ada banyak tanda lain yang boleh diperhatikan pada anak-anak austisme ini. Mereka juga bermain dengan cara yang janggal dan suka menyusun mainannya.
Mereka seolah-olah sedang bermain dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain dengan anak-anak lain.

Wednesday, March 25, 2015

Autisma - Ulangkaji


Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. 

Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.

Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. 

Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

Tuesday, March 24, 2015

Minum air sejuk punca gemuk?


Mitos mengenai air sejuk yang dikaitkan dengan kegemukan adalah kerana terpengaruh dengan logik suhu air sujuk membekukan lemak dalam badan.

Sebenarnya suhu air yg diminum akan bertukar dengan cepat ke suhu badan apabila ia mula masuk ke perut.

Tambahan pula suhu air sejuk cuma sekitar 28 darjah dan air berais sekitar 18 darjah.

Maka suhu air tersebut tidak mampu membekukan lemak dalam badan.

Kenyataan air sejuk sebagai punca kegemukan bukan sahaja salah malah terapi rendaman ais merupakan kaedah pemecahan lemak dan penyingkiran kolesterol yang terbaik.

Penduduk Eskimo yang tinggal di iklim bawah 0 darjah Celsius, terkenal sebagai penduduk paling sihat di dunia tanpa masalah lemak, kolesterol, obesity dan coronary


Sumber - Dr Arif, Attitude Therapy

Monday, March 23, 2015

Kongsi rahsia kanak-kanak autisme


Menimang cahaya mata merupakan detik yang sangat dinanti-nantikan semua pasangan suami isteri. Namun, bagaimana jika anak yang dilahirkan itu disahkan menghidap sindrom autisme?
Inilah yang dialami Ainizal Abdul Latif, 36, sewaktu membesarkan anak ketiganya, Mohamad Haikal Arrizqy Mahamad Hisham.
Pada awalnya, Mohamad Haikal Arrizqy yang lebih mesra dipanggil Rizqy membesar seperti bayi-bayi normal yang lain.
Namun, apabila usianya menjangkau dua tahun, Ainizal dan Mahamad Hisham, 36, mula melihat perbezaan tingkah-laku yang ketara.
Dua orang doktor pediatrik yang ditemui mereka mengesahkan Rizqy menghidap sindrom autisme yang ketara.
Sewaktu berkomunikasi dengan orang lain, Rizqy tiada eye contact dan tidak boleh bertutur.
Ketika berada di tempat awam, Rizqy pantang berjumpa kawasan yang luas kerana dia akan berlari laju dan kadang-kadang tidak perasan risiko bahaya di sekitarnya.

Saturday, March 21, 2015

Menurunkan paras gula dan uric asid


=Sikap pancreas=
Sikap positif pancreas ialah teliti dan bersistemetik dalam membuat kerja. Manakala Sikap negatifnya terlalu mengambil tahu dan keperihatinan yang tinggi, mencari sebab mengapa dan iri hati pada apa yang orang lain ada.
Tugas utama pancreas ialah merembes enzim pencernaan yg utama iaitu insulin dan glukagen.
Tugas pancreas semasa proses pencernaan akan lancar sekiranya tumpuan minda ditujukan pada suasana menghadap hidangan bersama rakan2.
Orang yang tidak dapat mengosongkan minda dengan perkara2 serius dan berfikir semasa makan akan merencatkan proses penghasilan enzim2 pencernaan.
Penyakit yang diebabkan kelemahan pancreas ialah terbentuknya uric asid dan gula yang tinggi dalam darah.
Gula juga menyebabkan urat darah menjadi lemah dan uric acid banyak mengganggu sendi.
Tabiat tidak baik yang telah lama diamalkan semasa makan akan menyebabkan bacaan gula dan uric acid sentiasa tinggi.
Kaedah menurunkan bacaan gula dan uric acid:
i. menguatkan pacreas dan urat darah dengan vibrational cl/ceo 15,7 atau 8.
ii.detoksifikasi urik acid dan gula dengan pil vibrational mahkota dewa dan vibratonal antioksidan.

Thursday, March 19, 2015

Tambang terbaru BAS


Pak yoep tak nak komen apa-apa. Realitinya, rakyat terpaksa menghadapinya. Kebiasaanya, bas adalah untuk kegunaan golongan berpendapatan rendah yang tak mampu membeli kereta. Meningkat lagi bebanan mereka untuk meneruskan kehidupan. Manakala yang ada kereta akan terus menanggung beban meningkatnya kos bahan api. Maka, pandai-pandailah rakyat untuk uruskan kewangan masing-masing. Berbelanja mengikut keperluan. Wajib berbelanja ikut keutamaan.


Tambang bas yang baru akan berkuatkuasa 15 Mei 2015 nanti

Keperluan Kump Sokongan Ibubapa

Autisma adalah suatu kecacatan seumur hidup yang memerlukan penjagaan yang menuntut masa dan tenaga yang banyak dan kos yang tinggi. Ibu bapa anak-anak autis menghadapi kesusahan dan cabaran yang hebat di dalam membesarkan anak-anak mereka. Anak-anak autis yang menginjaki usia remaja perlu dilatih dengan kemahiran kendiri dan kemahiran vokasional supaya mereka dapat hidup berdikari kerana ibu bapa mereka yang juga semakin tua dan tenaga mereka semakin berkurangan untuk terus memberikan remaja-remaja autis ini penjagaan sepenuh masa.
         Mandat untuk menyediakan  perkhidmatan pendidikan khas di Malaysia termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Walaubagaimana pun, hanya kanak-kanak yang mengalami kecacatan ringan diterima masuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan. Akta Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 menyebut:
      “   Only children with disabilities “who are educable” are eligible for special education. (Regulation 3(1))”
  Klausa pelajar-pelajar yang “educable” ini bermaksud kanak-kanak yang mampu ke tandas dan mampu menguruskan diri sendiri(Chapman,2004). Bagi kanak-kanak yang tidak diterima di sekolah-sekolah kerajaan, mereka dirujuk kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah bidang kuasa Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Walaubagaimana pun, pada tahun 2005, terdapat hanya 313 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara yang dapat menampung hanya 8,453 kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan (Economic Planning Unit, 2006). Dengan senario sebegini di Malaysia, ibu bapa dan badan-badan bukan kerajaan terpaksa mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat-pusat latihan untuk anak-anak autis di negara ini.
         Menurut The National Center on Birth Defects and Developmental Disabilities of U. S. (NCBDDD),anggaran perbelanjaan pendidikan khas untuk kanak-kanak autis adalah di antara USD8,000 dan USD30,000 setahun. Manakala anggaran untuk program berasrama adalah di antara USD80,000 – USD100,000 setahun. Maka jelaslah bahawa untuk menubuhkan sebuah pusat latihan di Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaubagaimana pun, projek pusat latihan remaja autis ini perlu menjadi kenyataan demi untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anak autis. Projek ini juga diharapkan dapat menjadi model terbaik untuk pusat-pusat latihan sepertinya di seluruh negara dengan bantuan konsultansi dari tenaga akademik Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti perintis program pendidikan khas di Malaysia. 
Objektif penubuhan akademi ini adalah:
i.                    Membekalkan remaja-remaja autis dengan kemahiran kendiri seperti kemahiran menguruskan diri, kemahiran berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan kemahiran sosial.
ii.                  Membekalkan remaja-remaja autis dengan kemahiran vokasional seperti menjahit, kerja-kerja dobi, membuat roti dan pastry, kerja-kerja catering dan kerja-kerja perkhidmatan seperti mengendalikan kaunter.
iii.                Mengendalikan program”center to workplace”, iaitu mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian untuk remaja-remaja autis ini, melatih mereka untuk menjalankan pekerjaan mereka di tempat kerja dan melatih majikan dan rakan-rakan sekerja untuk menyediakan sokongan kepada remaja-remaja autis ini.
iv.                Menjadi pusat penyelidikan untuk program latihan remaja-remaja autis melalui kerjasama dengan tenaga akademik UKM. Adalah diharapkan projek ini akan dapat menghasilkan satu modul kemahiran kendiri dan kemahiran vokasional yang efektif untuk kegunaan negara ini.
v.                  Menjadi projek rintis yang dapat meningkatkan kesedaran (awareness) kepada masyarakat  Malaysia amnya dan ibu bapa, guru-guru khususnya tentang keperluan latihan remaja-remaja autisma.
Keperluan Modal yang diperlukan:
1. Membaiki / Ubahsuai Premis/ Bangunan Menjadi pusat pembelajaran dan asrama
2. Perabut Sekolah
3. Bahan Bantuan Mengajar
4. Peralatan Dapur & Latihan Kendiri
5. Peralatan Dobi
6. Pengangkutan – Sebuah van untuk kemudahan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar
7. Peralatan Komunikasi (Telefon, Fax, Tv)
8. Alat Tulis
9. Komputer, Fotostat, Printer
10. Kontinjensi dll. 

Jika  anda seorang pakar, pendidik, ibubapa, penderma atau sukarelawan yang ingin membantu, kami amat mengalu-alukan sokongan anda. Jika anda ingin memberi sumbangan dalam bentuk material seperti wang, meja, kerusi, komputer dan peralatan lain yang kami perlukan, segala sumbangan ikhlas anda amat kami hargai. Untuk maklumat lanjut sila hubungi melalui:
t:+6016-2626743 e: info@yayasanwibaprima.org  

Wednesday, March 18, 2015

Kesedaran awal bantu tingkat kualiti hidup anak autisma

Colombo: Kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan orang ramai diiringi intervensi awal yang berkesan, dapat membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak autistik, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau yang juga Penaung Program Permata untuk pendidikan awal kanak-kanak, berkata, ibu bapa perlu diberi sokongan supaya lebih bersedia meningkatkan keperluan khas untuk anak yang kemudian dapat merancang masa depan lebih baik bagi mereka.
“Kajian menunjukkan intervensi sebelum umur tiga tahun boleh membawa hasil transformatif dan boleh mengurangkan hayat-masa-kos sebanyak dua pertiga.
“Kanak-kanak membesar dengan penjagaan terbaik, dan ibu bapa memahami autisme lebih baik dan tahu di mana mendapatkan bantuan. Oleh itu, kualiti hidup tidak bergantung hanya pada asas yang disediakan semasa zaman kanak-kanak, malah memerlukan sokongan ibu bapa dan keluarga secara berterusan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada simposium autisme di sini, semalam.
Simposium ‘Mengurangkan Jurang Penyampaian Perkhidmatan untuk Autisme di Sri Lanka’ dirasmikan Wanita Pertama Sri Lanka Shiranthi Rajapaksa.
Rosmah berkata, adanya peningkatan antara 20 hingga 30 kali ganda dalam kadar penghidap autisme di seluruh dunia, dengan kanak-kanak lelaki empat kali lebih mudah menghidapinya berbanding kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata, Gangguan Spektrum Autisme (ASD) gangguan perkembangan paling pesat berlaku, dan kurangnya perkhidmatan mengesan awal penyakit itu dan pendidikan khas boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak autisme untuk membesar menjadi individu bebas dan produktif dalam masyarakat.
Berkongsi pengalaman Malaysia dalam menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak autistik, Rosmah berkata, Permata menubuhkan satu pasukan teras pakar antara disiplin untuk membangunkan Permata Kurnia, iaitu Pusat Autisme Kebangsaan pertama di Malaysia.
Permata Kurnia mempunyai tiga jenis program yang membabitkan perkhidmatan sepenuh masa untuk 150 kanak-kanak autisme ringan berumur antara 4 dan 6 tahun bagi mempersiapkan mereka untuk pendidikan sekolah rendah arus perdana. Program kedua adalah rawatan untuk 150 kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun yang mempunyai tanda awal autisme, secara sesi intervensi mingguan.
Program ketiga menumpu kepada usaha mendidik orang ramai dan meningkatkan sensitiviti masyarakat ke arah menyokong keperluan individu autisme serta keperluan keluarga mereka.
Mengenai Pusat Autisme Kebangsaan di Malaysia, yang dijangka siap untuk beroperasi pada September depan, Rosmah berkata, walaupun bangunan itu belum siap dibina, Permata Kurnia menerima sambutan yang menggalakkan daripada kalangan ibu bapa.
“Memandangkan pusat itu bermula sebagai projek perintis, bilangan pendaftaran adalah terhad. Selepas terbukti kejayaannya, kita melancarkan inisiatif ini di negeri lain pula,” katanya.
Pada simposium itu, yang dihadiri 150 peserta termasuk pakar dan pegawai Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Sri Lanka, Rosmah turut berkongsi beberapa halangan utama yang perlu dihadapi Malaysia semasa menubuhkan Permata Kurnia.
Menurutnya cabaran utama adalah membina pasukan antara disiplin profesional termasuk doktor, ahli intervensi awal, pendidik khas, ahli terapi pekerjaan dan pertuturan serta profesional lain untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan paling berkesan kepada kanak-kanak autistik.
“Mereka dapat berinteraksi dan bermain dengan kanak-kanak, mendidik dan menyokong ibu bapa serta bekerjasama antara satu sama lain sebagai satu pasukan yang berkesan,” katanya.
Mengenai simposium itu, Rosmah berkata, Malaysia dan Sri Lanka berkongsi dedikasi dan komitmen membantu kanak-kanak autisme mencapai potensi optimum mereka.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Wanita Pertama Sri Lanka Shiranthi Rajapaksa di atas komitmennya membantu kanak-kanak autisme dan rabun jauh menerusi penganjuran simposium itu. Menurutnya Permata Malaysia sedia bekerjasama dengan Sri Lanka dalam menangani isu autisme yang mencabar dan rumit.
“Saya berharap pandangan saya mengenai pengalaman Malaysia memberi manfaat kepada anda semua dan dapat membantu anda merangka rancangan bagi membantu kanak-kanak autisme di Sri Lanka.
“Sebagai teman rapat, kami berasa sangat gembira bekerjasama dengan anda,” katanya. – BERNAMA

Tuesday, March 17, 2015

A film about Autistic People

Film: CONNECTED - A film about Autistic People - You will never look at people the same way again -

Niaga guna lidah

Nursamawati Mahmud sudah mengalami kecacatan pada tangan dan kaki sejak berusia setahun. Walaupun begitu dia tetap mampu menggunakan telefon pintar dan komputer riba untuk membantu mengembangkan perniagaan ibunya yang sudah 10 tahun berniaga.

Monday, March 16, 2015

Kepentingan kad OKU


Mengapa perlu mendaftar kad OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Pertama-tamanya, pendaftaran adalah untuk memudahkan Kerajaan mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU bagi merancang program berkaitan dengan pendidikan, rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan. Dengan peningkatan pendaftaran anak-anak autisme di bawah kategori Learning Disability (masalah pembelajaran), ia akan membolehkan pihak berwajib mengambil kira peningkatan keperluan untuk terapi, penambahan pusat terapi, penambahan bilangan terapis dsb. Diskusi Menteri Kesihatan dengan ibu bapa Autisme baru-baru ini menunjukkan kerajaan memberikan perhatian khusus untuk autism dan diharapkan ia akan membawa impak dan keberhasilan yang positif untuk golongan autisme di Malaysia.

Kedua - pendaftaran OKU membolehkan anak-anak kita mendapat perkhidmatan yang bersesuaian mengikut keperluan mereka.

Misalnya - membolehkan mereka mendapat pendidikan di PDK/PPKI. Manakala bagi anak autisme di aliran perdana yang mempunyai kad OKU, mereka boleh mendapatkan khidmat guru pengiring (bergantung kepada budi bicara sekolah/PPD).

Anak-anak di PDK/PPKI layak menerima elaun bulanan sebanyak RM150 sebulan. RM1800 setahun. Ia boleh membantu mengurangkan beban ibu bapa. Jika ibu bapa berhasrat menyimpan wang tersebut sebagai tabungan anak - bayangkan, selepas 10 tahun di sekolah, atau 12 tahun (anak autisme dibenarkan bersekolah di PPKI sehingga usia 19 tahun), tabungan boleh menjangkau RM18,000 - 21,600. Ini ialah hak anak tersebut yang telah disediakan oleh kerajaan.

Selain daripada Elaun Murid Berkeperluan Khas, anak dengan kad OKU di PPKI juga layak mendapat Rancangan Makanan Tambahan (tanpa mengira pendapatan ibu bapa) dan Skim Susu 1Malaysia.

Ibu bapa dengan anak yang berdaftar OKU layak mendapat potongan cukai pendapatan sebanyak RM6000 setahun. Bukankah itu juga hak untuk anak kita?

Kelebihan kad OKU lain? 

Antaranya:

Pasport antarabangsa percuma untuk pemegang kad OKU.
Rawatan percuma di hospital kerajaan - termasuk terapi carakerja, terapi pertuturan, operation full anesthetic untuk khatan

Pelbagai diskaun - potongan 50% tiket MAS, 50% tiket KTM, 50% tiket Transnasional, 50% tiket LEGOLAND, 50% tiket Kidzania (serta kemasukan percuma untuk seorang Penjaga), masuk percuma ke Petrosains, masuk percuma ke pelbagai Zoo dan Taman.

Anak-anak autisme yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian awam layak mendapat elaun RM300.00 sebulan. Malah boleh berbincang dengan pihak IPTA sekiranya memerlukan masa lanjutan/tambahan bagi menghabiskan program yang sedang diikuti.

Kad OKU datang dengan hak untuk anak-anak kita.
Mendaftar untuk mendapatkan kad OKU bukanlah untuk melabelkan anak kita sebagai kurang upaya, malah sebaliknya untuk memberikan anak kita hak yang selayaknya untuknya, insya Allah.

Sumber - Azra Haida

Sunday, March 15, 2015

AJK Penaja Kelab Anakku Autisma - Perak

3/1/2015 - 757 orang


1. Muhammad Firddaus Amri
2. Zulkifli Jamil
3. Rosmah Hamdan
4. Muhd Idrus

Saturday, March 14, 2015

Anak istimewa tanpa ibubapa


Assalamualaikum,apa khabar semua ibubapa yang mempunyai anak-anak teristimewa.Dalam menghadapi situasi membesarkan anak-anak ini hanya satu "jangan putus asa" kerana disebalik kepayahan akan ada rezeki yang menanti walaupun sesukar mana ujian itu akhirnya kita akan dapat merasainya walaupun tanpa kita sedar.Kekadang semua itu akan kita rasai apabila anak tersebut pergi meninggalkan kita untuk selamanya.Anak teristimewa memang anugerah Allah hanya diberikan kepada ibubapa yang terpilih sahaja.Usah bosan @ berputus asa dalam membesarkan mereka kerana mereka juga anak-anak kita walaupun tidak senormal anak-anak kita yang lain.Tanpa kita ibubapa penyayang,kemanakah arah tujuan mereka apabila ketiadaan kita disampingnya.Adik-beradik belum tentu dapat menjaganya seperti mana kita lakukan untuk membesarkan mereka walaupun terdapat banyak rintangan dan halangan.Akhir kata siapa MEREKA tanpa KITA.

Sumber - Persatuan Sindrom Down Terengganu

Friday, March 13, 2015

Rawatan Gastrik

=Gastrik=

Jika terlewat makan, dinding2 perut akan mengeluarkan jus pencernaan yang berlebihan sehingga perut terasa pedih dan bunyi berkocak.

Kadar asid yang tinggi yang menjadikan dinding perut seperti dihiris dapat diredakan dengan rawatan cl12, cl7 dan detoksin apel.

in syaa Allah kelegaan dapat dirasai sejam selepas mengambil rawatan dan beransur sembuh dalam 3 minggu.


Hubungi DUTA Attitude Therapy - alkindi5919@yahoo.com

Anak Tantrum lagi

Leo Zackery Ibrahim added 9 new photos — feeling happy with Blanc Chocolatand 4 others.
TANTRUM
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
*Kenali Apa Itu Tantrum?

Thursday, March 12, 2015

Autisma tahfiz Al-Quran


Nota Editor : Kisah benar ini telah dikongsikan di Facebook Group Autisme Malaysia oleh Ustaz Haidar Mahmud. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal dengan harapan ia turut memberi manfaat dan pengajaran kepada kita. Benarlah, di sebalik kekurangan itu terselit suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh ramai manusia normal.
kanak-kanak-autisma-2
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga AM sekalian. Ini kisah saya dan seorang anak yang sangat istimewa. Istimewa di mata saya , istimewa di sisi tuhan.
Kisahnya bermula begini.
Januari 2015 :
Sesi persekolahan 2015 baru bermula. Saya memulakan tugas bagi tahun yang kedua di sebuah sekolah yang berkonsepkan aliran tahfiz dan akademik. Hari ini pelajar baru datang mendaftarkan diri bersama ibu bapa masing-masing. Sedang saya melihat dan membantu tugas pendaftaran. Mata saya tertumpu pada seorang pelajar yang sedang duduk di dalam dewan taklimat. Dari pemerhatian saya pada tingkah laku dan reaksi muka pelajar itu, saya dapat rasakan ada sesuatu yang lain pada diri pelajar tersebut.
Pertengahan Januari 2015 :
Ternyata telahan saya betul.petang itu, saya telah menerima sekeping kertas yang disampaikan kepada saya melalui seorang pelajar. Saya membukanya lalu terus melihat dan membaca. Surat akuan pelajar OKU. Surat yang mengesahkan bahawa pelajar tersebut menghidap penyakit autisme.Pihak sekolah juga baru maklum mengenai perkara ini.Timbul pertanyaan dan tanggapan yang pelbagai di kalangan kami guru-guru yang baru tahu mengenai hal ini. Bagaimana dia boleh lepas ujian kemasukkan? Dia tidak membahayakan orang lain kah? Boleh kah dia belajar di sini? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.
Semenjak hari itu, saya mula memberi sedikit perhatian pada pelajar tersebut. Saya turut menasihatkan pelajar lain agar tidak mengganggu atau bergurau berlebihan dengan beliau. Adakalanya saya datang melihat beliau ketika waktu prep. Saya perasan pelajar-pelajar lain suka mengusik beliau dengan memanggil manggil nama beliau tanpa sebarang tujuan.
Namun,apa yang melegakan hati saya adalah ketika melihat dia begitu gembira bermain badminton di waktu petang bersama rakannya yang lain. Walaupun pukulannya tidaklah begitu betul namun jelas terlihat keseronokan di wajahnya.
kanak-kanak-autisma
25 Februari 2015
Saya telah dipanggil untuk bersama guru kelas yang lain bagi membincangkan status pelajar yang telah lulus untuk memasuki kelas hafalan al-quran.Dari 7 orang pelajar,5 orang telah lulus. Salah seorang daripadanya adalah pelajar tersebut. Saya masih hairan dan tertanya tanya bagaimana pelajar ini membaca quran. Ini kerana sewaktu ujian al quran, saya tiada di sekolah.
Oleh kerana kelas saya agak ramai pelajar berbanding kelas yang lain, maka guru guru lain terlebih dahulu memilih pelajar untuk masuk ke kelas mereka. Sampai kepada giliran pelajar ini, seorang guru telah dicadangkan untuk mengambil pelajar ini memasuki kelas beliau. Namun ditolak dengan lembut kerana khuatir tidak mampu membawa pelajar ini dengan baik. Lalu saya tergerak hati untuk tawarkan diri mengambil pelajar ini memasuki kelas saya.
Di dalam kelas, beliau hanya duduk di kerusi dan menghadap alquran di depannya. Tidak banyak bercakap dan suaranya juga agak perlahan. Saya memberitahunya untuk menghafal juzuk 30. Jika sudah hafal,esok boleh baca dengan saya.
26 Februari 2015 :
Seperti kebiasaan di waktu pagi, saya akan memasuki kelas seawal jam 7 pagi dan menunggu pelajar datang kepada saya untuk membaca hafalan yang telah dihafal pada malam tadi. Setelah beberapa orang pelajar membaca dengan saya, saya memanggil pelajar tersebut untuk membaca hafalannya jika dia sudah sedia. Tiada sebarang respon. Saya menganggap mungkin dia belum hafal, maklumlah baru sahaja masuk ke kelas tahfiz.
Selepas rehat. Pelajar-pelajar saya sudah kurang bersemangat untuk mengulang bacaan. Semuanya kelihatan letih kerana mereka berpuasa pada hari ini. Puasa sunat khamis. Setelah menunggu agak lama, saya memanggil pelajar istimewa ini untuk duduk di tepi saya. Saya bertanya sudah hafal ke? Dia menjawab sesuatu namun saya tidak dapat menangkap butir bicaranya kerana terlalu perlahan.
Lalu saya terus menyuruh dia membaca surah an-naba’. Surah pertama juzuk 30. Dia pun memulakan bacaannya tanpa melihat mushaf al quran di depan saya. Satu muka dia selesai baca. Boleh tahan kata hati saya. Muka surat kedua, dia telah selesai membaca surah an-naba’ secara hafalan. Hebat juga. Saya sangkakan dia hanya menghafal satu surah tersebut, ternyata saya silap. Pelajar ini meneruskan hafalannya dengan membaca surah an-naaziat . Saya mengambil keputusan untuk melihat dan membiarkannya meneruskan bacaan hafalannya. Dari satu surah ke satu surah, dia dapat menyambung dan meneruskan bacaannya dengan penun lancar. Sangat sedikit kesalahan bacaannya. Saya kira tidak lebih dari lima. Ada ketikanya dia tersangkut pada satu ayat, hati saya berkata mungkin sampai surah ini sahaja dia hafal. Sekali lagi telahan saya meleset. Dia membetulkan semula bacaannya dan meneruskan kembali hafalannya.
Waktu itu, pelajar lain sudah mula melihat-lihat ke arah beliau. Mungkin kerana mereka tertanya-tanya kenapa lama sangat atau mereka melihat reaksi saya yang tertunduk tunduk rapat ke mulut pelajar ini untuk mendengar bacaannya yang agak perlahan.
Di saat beliau membaca ayat terakhir dari surah an-nas, surah terakhir juzuk 30. Mata saya sudah mula berkaca kaca. Secara spontan saya terus mengambil tangannya lalu saya salam dan mencium tangan beliau. Hari ini perasaan saya bercampur campur. Gembira,teruja sedih dan insaf. Pelajar istimewa ini telah mengajar saya satu pengajaran hidup yang sangat bermakna. Jangan pernah sesekali kita menghina dan merendahkan seseorang kerana sifat luarannya, kerana kemungkinan insan yang kita hina itu amat istimewa dan mulia di sisi tuhan.
Saya membuka helaian juzuk 29. Saya kata pada beliau. Esok boleh mula hafal juzuk 29. Tanpa dipinta, beliau mula membaca surah al-mulk seperti sudah dihafalnya. Bertambah terkejut saya. Sudah hafal juzuk 29 juga ke? Saya memberhentikan bacaannya dan berkata.” Esok, insyaAllah.”

Wednesday, March 11, 2015

Senarai semak autism


Guru cemerlang pendidikan khas




MENJADI GURU PENDIDIKAN KHAS YANG CEMERLANG 

BAGAIMANA MENJADI GURU PENDIDIKAN KHAS YANG CEMERLANG:

1. Menjaga Kecemerlangan Peribadi

  • mempunyai nilai kendiri yang positif
  • mempunyai akhlak yang mulia
  • bertimbang rasa dan adil
  • amanah
  • bertanggungjawab
  • ikhlas
  • sedia berkongsi ilmu dan pengalaman
  • pemikiran positif
  • kreatif dan inovatif
  • penampilan yang kemas dan sesuai
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran:

  • mengamalkan budaya ilmu
  • berkebolehan menyelesaikan masalah
  • keputusan yang rasional
  • menjadi pakar rujuk dalam bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi:

  • kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea secara berkesan
  • berupaya memelihara hubungan baik dengan semua pihak
  • komunikasi yang berkesan
4. Kecemerlangan  Potensi:
  • keberkesanan sumbangan terhadap  kejayaan sekolah dalam segala aspek
  • penglibatan yang bermakna
  • mendalami ilmu
  • sentiasa berusaha mengikut potensi diri yang ada
5. Kecemerlangan Pengurusan dan Pentedbiran:
  • pengurusan kelas
  • pengurusan dokumentasi
  • kemahiran sistem fail