Sunday, October 6, 2019

Kak Long BELAJAR di UM



SPM kak long dapat 8A1B. Subjek gred B adalah KIMIA. Dah buat rayuan. Keputusan kekal macam tu. Tak pasti kenapa. Dah tiada rezeki kak long untuk dapat 10A. Dalam percubaan kak long dah dapat 10A. Mengejutkan jugak.

Selepas SPM dapat tawaran melanjutkan pelajaran di UTP. Hampir dua bulan belajar di sana. Dalam masa yang sama terima pulak tawaran masuk UM. Hasil perbincangan anak-beranak, kak long tamatkan pengajian di UTP. Hanya sempat satu semester sahaja.

Dalam penilaian pelbagai aspek terutama dari segi ranking UM dan kos pengajian ditanggung kerajaan, kami sekeluarga bertekad tamatkan pengajian di UTM dan teruskan pengajian di UM.

Kos pengajian di UTP peringkat asasi - mencecah RM16,000.00
Kos pengajian di UTP peringkat ijazah - mencecah RM80,000.00

Kak long sambung pengajian di UM...Asasi Sains. Dah tamat pun pengajian. Lulus dengan cemerlang dapat CGPA 4.0.

Kak long sambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Bidang perubatan... Tak Nak. Bidang kejuruteraan.... Tak Nak. Keputusan terserah kepada kak long. Kak long yang nak belajar.

Dah lapor diri di UM. Tinggal di kolej ke-8. Nampak kak long gembira di sana.

Kak long ambil bidang apa ya?

No comments:

Post a Comment