Thursday, February 24, 2011

Faqihah DULU dan KINI

1. DULU tidak bercakap KINI bercakap walaupun tidak selancar kanak-kanak biasa.

2. DULU tidak fasih bahasa melayu KINI telah dapat menggunakan bahasa melayu walaupun tidak lancar


3. DULU sangat hiperaktif KINI dah semakin kurang walaupun masih hiperaktif


4. DULU tidak mendengar arahan KINI sudah mendengar arahan walaupun kadang tidak mahu melaksanakan arahan

5. DULU kencing malam KINI tidak kerap kencing malam

6. DULU susah nak tidur malam KINI dah tiada masalah untuk tidur awal

7. DULU sentiasa bercakap sendirian KINI dah semakin kurang

8. DULU tidak pandai bergaul KINI dah pandai bergaul dengan sepupunya

9. DULU tidak tahu membaca KINI dah pandai membaca lancar dalam BI

10. DULU tidak pandai mengira KINI dah pandai mengira


Banyak lagi perubahan yang berlaku...akan disenaraikan kemudian

No comments:

Post a Comment