Thursday, February 5, 2015

PPKI Pak Yoep - 2015


Tahun 2015 adalah tahun pertama pak yoep melaksanakan tugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di PPKI. PPKI bermakna Program Pendidikan Khas Integrasi. Dilantik menjawat jawatan tersebut mulai 16 Jun 2014. Dua hari sebelum tarikh hari lahir pak yoep. Dilantik setelah berada dikelas pendidikan khas selama 5 tahun sebagai guru biasa.

Sepanjang 2014, selaku Penolong Kanan...pak yoep sekadar meneruskan sahaja perancangan PPKI yang telah dirancang oleh penolong kanan sebelum ini. Memerhati tindak-tanduk semua guru dan PPM. Tiada perubahan drastik yang dilakukan kecuali ada sesuatu yang perlu dilakukan perubahan.

Awal kehadiran pak yoep sebagai penolong kanan, agak sukar guru-guru ppki menerima kehadiran pak yoep sebagai ketua mereka. Mungkin pendekatan pak yoep agak... susah nak cakap. Tambahan watak pak yoep tonjolkan agar serius. Sukar didekati. Tak kenal maka tak cinta. Sememangnya watak pak yoep agak serius untuk mereka-mereka yang baru mengenali pak yoep.

Kini, setelah 6 bulan berlaku... guru-guru ppki telah serasi dengan budaya kerja yang pak yoep amalkan dan terapkan. Kemesraan telah dapat dieratkan. Tiada lagi wajah-wajah kerisauan... ketidakpuasan hati wujud. Mereka telah dapat menerima pak yoep seadanya sebagaimana selalu pak yoep ucapkan setiap kali taklimat ppki bulanan diadakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan PPM kerana telah dapat menerima pak yoep sebagai penolong kanan mereka. Harap sama-sama dapat bangunkan ppki sebagaimana yang telah pak yoep lakukan di sekolah lama selaku setiausaha kokurikulum PPKI. Berkat kerjasama semua guru/ppm, ppki sekolah lama pak yoep telah terkenal di daerah Kinta Utara terutama dalam bidang kokurikulum. 

Bukan matlamat untuk dikenali tetapi keperluan murid pendidikan khas perlu dutamakan. Bonusnya...ppki dikenali semua. Malah, ramai ibubapa ingin menempatkan anak-anak istimewa mereka ke ppki sekolah lama pak yoep atas faktor kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

No comments:

Post a Comment