Wednesday, February 11, 2015

Pemantauan Faqihah oleh PPKI


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua GURU/PPM di sekolah Faqihah PPKI SMK Seri Intan  atas kerjasama mengawal pemakanan Faqihah di sekolah semasa waktu rehat di kantin sekolah. 

Awal kemasukan Faqihah ke sekolah menengah, tingkah lakunya sangat aktif akibat daripada pemakanannya di sekolah tidak dikawal. Tanpa seliaan guru/PPM. 

Bukan salah mereka, kesilapan kami tak maklumkan perkara tersebut kepada guru-gurunya. Sekarang dah kembali normal tingkah lakunya di rumah. Alhamdulillah... Terima Kasih Cikgu.

Dimaklumkan terdapat 2 orang guru ditugaskan oleh pihak sekolah memantau Faqihah. Seorang dalam aspek pemakanan dan seorang lain dalam aspek tingkahlaku.

Kami juga turut berkerjasama melaksanakannya. di rumah agar selari dengan apa yang dilaksanakan di sekolah.

Moga penghijrahan Faqihah di sekolah menengah berjaya. Boleh diinklusikan pada tahun 2016. Menduduki PT3 pada 2017.

Ameen... Sama-sama doakan kami agar usaha kami dan pihak sekolah akan berjaya dalam membentuk Faqihah ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment