Saturday, February 28, 2015

Temujanji Hospital


Baru teringat share tentang anak autis saya semasa appointment dengan Dr pakar di Hospital Serdang 29 Januari lalu. Malam sebelum pergi saya sudah ajar dan ingatkan dia adab berjumpa Dr. Bagi salam dan ucapan selamat pagi serta tengok muka Dr bila bercakap (umpan dia Dr akan sayang budak yang baik). Bila tiba giliran dia, dia yang dulu bagi salam dan cium tangan Dr. Hati saya masa tu berdebar juga sebab takut dia berlari atau masuk bawah meja, usik barang Dr atau main tembol pintu dsbnya.. semasa Dr bertanya few soalan tentang sikap dia, pelajaran dan kesihatan dia nampak Dr curi jeling kat dia. Anak saya duduk elok je cuma tersenyum-senyum sendiri. Habis bercakap dengan saya Dr pun mula berbual-bual dengan anak saya. Soalan pertama Dr tanya nama dan dia boleh jawab nama penuh dengan betul. Sempat dia ingatkan Dr nama dia wan azmeen aiman bin wan..... dan dia ingatkan Dr dia 'bin' dan bukan ' binti! Sebab dio boy. Semua soalan di jawab betul kecuali berulang-ulang. Tanya umur, sekolah kat mana, tahun berapa, nama ibu dan ayah semua boleh dijawab tanpa dibantu. Banyak perkembangan dan bab pelajaran sekolah walaupun lambat namun komen Dr, "mama...yang penting progres walaupun belum perfect". Dari tak tahu ke tahu...alhamdulillah. Sedikit komen Dr...ibu yang tidak bekerja cepat memahami perkembangan anak-anak dan merupakan pakar terapi yang baik khususnya dalam membentuk tingkahlaku. Exposure amat penting...disamping kesabaran. Jangan terlalu memikir kekurangan diri anak tapi berusaha dengan penuh yakin anak kita "boleh" seiring dengan budak normal. Lambat cepat....kurang, lemah kurangkan persepsi terhadap anak kita. Dari segi kesihatan untuk anak mild autism kerap mengalami masalah kesihatan...bulan Ogos next appointment. Alhamdulillah. Dr juga menyarankan bila nak beri arahan....mesti lah cara khusus menyantuni mereka supaya mereka tidak mudah stress...dan selitkan dengan pujian...bab makan paling kelakar sebab bila Dr tanya 'Wan' suka makan apa, dia pun beritau dia suka makan kari..anak saya siap tanya Dr pula samada Dr pun suka makan. Maunya saya dan Dr pula gelihati..alaihai mencuit hati anak saya.

No comments:

Post a Comment