Monday, February 2, 2015

Wajarkah mereka ke kelas normal?

Apa pandangan anda?

Alhamdulillah....akhirnya....pencarian demi pencarian....salam perkenalan...sy IBU kepada syazuwa alisya.berumur 6 tahun..bersekolah di tadika kemas..panggilan anak saya alisya....alisya menghidap penyakit epilepsy atau senang citer sawan..dia juga hydrocephalus (lebihan air dalam kepala)..skrg ni sy ada masalah bila dia tak nak langsung Ke sekolah..di marah ,di pukul ,di pujuk dia menanggis seketika lepas ITU sambung tidur balik...sebulan sekolah bermula sy rasa dia cuma bersekolah 8 hari..Dari segi pembelajaran ,Anak sya jauh ketinggalan krn dia tak mampu untuk menulis,mewarna walaupun untuk benda yang mudah..sekarang INI dia hanya mampu melakar bentuk bulat shja..apabila kita membuat kerja sekolh dengan dia...dia menyerahkan 100% tangan dia mengikut pengerakan tangan kita..langsung tak menunjukkan minat ..Di sini perlu Ke saya hantar di Ke sekolah pendidikan khas..kalau boleh saya tak nak dia Ke sekolah ITU..sy nak dia bersekolah macam kanak 2 normal yang lain...



Komen ahli Kelab Anak Autisma FB kendalian pak yoep



Safiah Abdul Rahman Kesian.....saya rasa puan yang kena self motivation dulu, maaf ya.

Bunga Hati Kenapa? Safiah Abdul Rahman

Safiah Abdul Rahman Kerana kita tak redha dengan Anugerah Allah, kalau tak redha kita akan sentiasa bandingkan anak kita dgn anak normal.bila kita redha kita akan sedar ini adalah Amanah.
Kalau kita tahu kita sedang pikul Amanah dari Allah , kita akan menjaganya dengan cermat. 
Untuk menjaga dgn cermat kita perlu ilmu, 
Apa salah apa kurang sekolah ppki , 😕😕😕

Safiah Abdul Rahman Maaf ya Bunga Hati tersensitib cikit.

Hamba Binti Hamba Kita kena belajar teknik cara mendidik die dulu. Baru kita boleh faham apa yg perlu dan tidak. Sebb die x kan ada tindak balas buat masa ini.

Nurkay Rul Setuju dgn komen di atas....kenali dlu bgaimn cr mgatasi kank2 sbgini...

Bunga Hati Bukan soalan sy tu.sy hanya mencelah

Has Sultan Mokul betul saya pun hadapi situasi mcm ni beza cuma izzat ASD saya buat tak tahu dan hantar tadika kemas dekat umah area kl tahun2014...1 hari je dan letak izzat kat luar sekolah menitis air mata bila dpt tahu izzat tak diterima pihak sekolah dan bagi cadangan sekolah khas...hantar kat sabah pun 3 bulan je terima erhm..masa tu lah dlm sarat menunggu hari bulan 7 saya refer pakar pediatrik dan doktor sahkan izzat autism dan bg borang OKU...memang sedih tapi redhah atas ketentua-Nnya

Zazaryena Bt Abbas Jaja Rsanya perlu ke sek pendidkn khas tu puan.

Wahida Abdullah Sani Maaf ye mncelah, sblum anak tu bulat2 dihntar ke skolah pndidikan khas, anak itu perlu dibawa utk pmeriksaan pakar. Setelah disahkan anak adalah murid brkeperluan khas maka tolonglah bawa anak ke skolah pndidikan khas...tolongla ibu, jgn pntingkan diri sndiri nak anak brsekolah di aliran prdana sedangkan anak tu istimewa dri kanak2 yg lain....
Saya tegaskan di sini sila bawa anak tu utk pmeriksaan dlu...

Emy Liya Redha & fikirkan lah byk lg kanak2 yg tdk boleh ke sekolah lsg bersyukur bhw anak masih boleh bersekolah wpun ppki ttpi sistem pembelajaran di msia agak mengecewakan sbb semua ye exam oriented huhu

Jamilah Mat Hassan Maaf ibu...buat masa ini jangan kita pandang atau bezakan anak kita dgn budsk normal...ya saya afa masalah itu dulu....tolkng jgn kongsi sgt apa2 yg anak normal kecapi sebaliknya kkngsilak dgn anak2 istimewa lain. InsyaAllah kita akan bermotivasi.

Mania Iena Memang pd permulaan dia bergantung pada tgn kita untuk menulis inilah cabaran yg allah bg kat kita diuji kita sama ada sabar tidak... Maaf puan kenapa puan tak nak ank puan belajar di pnddk khas bg saya bagus anak saya belajar disitu alhamdulilliah banyak perubahannya...
.
Rohana Ikhwan Maaf yer, Puan mmg Kena bawa ank puan ke hospital utk pemeriksaan, setelah disahkan mmg ada surat tentang jenis kecacatan, slps tu isi borang utk Buat kad oku, itupun setelah disahkan. Then barulah ank puan ke sek keperluan khas.


Nyonya Kintakinte Yg pertama puan kna terina hakikat jeadaan ank..redholah...hntr ank ke tmpt yg sepatutnya (pendidikan khas atau yg sesuai) supaya anak dpt berlatih dan diajar dgn cara yg btl dan bersesuaian dgn keadaannya. .

1 comment:

  1. secara peribadi, saya sokong dan setuju kalau anak2 istimewa diinklusifkan di kelas perdana (normal) tapi ada "terma & syaratnya". nak masukkan anak2 istimewa belajar bersama2 dengan anak normal ni, perlu bantuan,sokongan, pengorbanan dan kerjasama 200% daripada ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah. (sukar nak dapatkan situasi ideal macam ni, terutamanya kalau melibatkan anak istimewa yang bermasalah agak kronik/kritikal).

    ReplyDelete