Saturday, February 7, 2015

Kak Long - Larian Bandaraya


Semalam kak long terlibat dalam pertandingan Larian Bandaraya anjuran sekolahnya, SMK Convent Ipoh. Awal pagi dah hantar. Tamat dalam jam 12.00 tengahari. Datang awal ambilnya sambil pergi ke Kedai Buku Popular di Ipoh Parade. 

Bersyukur sangat apabila terjumpa buku Genius dari Syurga yang ceritanya Kisah Benar Seorang Ibu Yang Mendidik Anak Autistik.  Ini adalah buku yang terbaik pernah pak yoep baca yang ada kaitan dengan autisma.



Lupa pulak... Ini post kisah kak long bukan autisma..

Oh! ya... dalam pertandingan tersebut, kak long berjaya menduduki tempat ke-4 dalam kategorinya. Tak pernah-pernah kak long mencapai kejayaan seperti itu. Siap dia cakap kat umminya, kalau kak long NAK kak long akan buat sunggug-sungguh. Itu buktinya. Terkejut pak yoep atas pencapaian kak kong ini. Pencapaian terbaik pak yoep dalam acara ini yang dikenali sebagai Merentas Desa semasa zaman persekolahan dulu cuma sekadar menduduki tempat ke-5 sahaja.

Tahniah! Kak Long... ummi dan abah bangga dengan kak long.

Sekarang juga kak long tengah sibuk dengan latihan pidato. Bakal mewakili sekolahnya. Minggu depan kak long setiap hari akan 'stay back' untuk sesi latihan.

No comments:

Post a Comment