Tuesday, February 24, 2015

Autisma ke aliran perdana


Pesanan En Samsul Muariff Saroni, ahli kelab anak autisma FB kendalian pak yoep, sekiranya anak-anak autisma hendak ditempatkan ke aliran perdana. Mungkin ada yang bertanya aliran perdana tu apa? Aliran perdana adalah gelaran yang diungkapkan oleh guru/ibubapa kepada murid-murid yang belajar di kelas normal.

"Utk dimasukkan ke mainstream, mereka mestilah melepasi kelayakan ptg spt, boleh mengurus diri, boleh belajar, behaviour yg terkawal. sebenarnya program ini sgt memerlukan kerjasama bersepadu antara 3 pihak, guru mainstream, guru PPKI juga ibubapa. walaupun tercatat bahawa anak2 PPKI yg diinklusifkan berhak memperolehi seorg guru pendamping, namun ianya tidak semudah itu utk dilaksanakan. jadi bergantunglah pd si anak utk melayari kehidupan di mainstream. Lain anak lain tahap pencapaian/kebolehannya. Ibubapa kena main peranan penting, byk korbankan masa menjadi pendorong mereka. Kisah dbuli, diejek merupakan perkara biasa bila anak PPKI berada di mainstream. Inklusif bukan mimpi indah sebenarnya, cabaran berlipatganda, Hanya beberapa sahaja anak2 yg melepasi tahap ini. Mereka sgt bernasib baik sebenarnya. Namun tidak mustahil utk mencapainya jika 3 pihak tadi menggembeling tenaga utk anak tersebut."

Terima kasih En En Samsul Muariff Saroni yang mempunyai anak autisma berada di aliran perdana dan anak autismanya berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2014.

1 comment:

  1. Sama-sama...semoga pandangan saya ini dpt memberi panduan kpd ibubapa di luar sana yg bercita-cta utk melihat anak2 istimewa berada di kelas mainstream (arus perdana).

    ReplyDelete