Tuesday, December 31, 2013

Panduan Azam 2014



Sila Klik... Sangat Kreatif

Assalamualaikum,


Nampaknya bermulanya Tahun 2014 ini, sama ada rela atau terpaksa, agar hidup tidak terjerat beban hutang maka SAYA berazam:


1) Mendahulukan keperluan berbanding kehendak.
2) Meletakkan prioriti dalam kerja agar masa tertumpu kepada peningkatan produktiviti dan perniagaan yang memberikan pulangan yang paling besar.
3) Potong kad-kad kredit yang ada sebab nampaknya dorongan untuk menggunakannya semakin cerah.
4) Mengelak dari melakukan pembaziran. Tidak membeli lebih dari sepatutnya. Makanan tidak dibuang-buang. Lampu pasang mana yang perlu sahaja. Potong Channel Astro yang tidak perlu, jimat hampir RM100 sebulan. Potong dataline pada iPAD dan share Data Line iPhone, jimat RM98 sebulan, atau guna free WiFi.
5) Mengekang diri dari bercuti ke tempat yang jauh yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Lebih baik hidupkan amalan ziarah menziarah. Kalau betul ada lebihan, lebih baik buat umrah.
6) Berkongsi peluang perniagaan dan rezeki dengan lebih ramai orang.
7) Istiqamah mengamalkan pelbagai Amalan Murah Rezeki dan doa-doa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.
 Kurangkan masa di luar, kecuali atas urusan kerja, dan lebihkan masa bersama keluarga di rumah. Sekarang ni, kalau keluar sahaja rumah maka mengalirlah wang keluar dari saku.

InsyaAllah.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Temubual Model Playboy berpakaian Muslimah


Isu yang pernah dikemukakan sebelum ini melalui artikel sahaja dalam laman pak yoep ini. Beliau amat gemar berpakaian muslimah walaupun bukan seorang Islam. Beliau merupakan model dibeberapa buah negara. 

Autistic boy,12, with higher IQ than Einstein develops his own theory of relativity


A 12-year-old child prodigy has astounded university professors after grappling with some of the most advanced concepts in mathematics.

Jacob Barnett has an IQ of 170 - higher than Albert Einstein - and is now so far advanced in his Indiana university studies that professors are lining him up for a PHD research role.

The boy wonder, who taught himself calculus, algebra, geometry and trigonometry in a week, is now tutoring fellow college classmates after hours.

And now Jake has embarked on his most ambitious project yet - his own 'expanded version of Einstein's theory of relativity'.

His mother, not sure if her child was talking nonsense or genius, sent a video of his theory to the renowned Institute for Advanced Study near Princeton University.

Monday, December 30, 2013

Langkah Penjimatan Kera jaan 2014


PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam


  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas). 
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

Kak Long tamat Kem Tahfiz

Kak Long gembira semasa Majlis Penutupan Kem Tahfiz
Pengalaman berharga untuk menjadi Muslimah Sejati
Teman sebilik Kak Long

Berdasar pengamatan, kak long amat gembira mengikuti kem ini walaupun pada peringkat awal ada kesukaran sehingga menangis nak minta balik pada hari ke-3 ummi berjumpanya.

Semasa penutup selesai, kak long nyatakan kegembiraannya menyertai kem tahfiz ini. Minta sertai lagi untuk tahun2 mendatang.

Banyak perubahan berlaku dalam diri kak long selepas ikuti kem ini.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana beri kesempatan untuk kami hantar kak long. Secara kebetulan maklumat kem diperolehi drp post rakan FB, Kak Sabtiah..Jiran sebelah rumah. Keesokan harinya terus daftarkan kak long. Kak long  pun tiada kerenah untuk hadir...setuju aje. Beli keperluan alatan kem... daftar pada 14  Dis 2013 tamat 28 Dis 2013. Tinggal bermalam di INTIM selama dua minggu.

Jika ada kem lagi, akan hantar Haziq pula. Aktiviti tahfiz kak long akan diteruskan. 

Majlis Khatam Al-Quran sebelum Majlis Penutup Kem Tahfiz



Kenangan Faqihah di Brighter Future

Pendedahan diberi ...walaupun masih kecil

Bersantai setelah penat belajar


Aktiviti kegemaran Faqihah


Komitmen tinggi mendidik anak2 istimewa

Kemesraan terjalin sehingga kini.. umpama ibu/anak


Info TERKINI BR1M 2014



BR1M 2014. Kepada yang masih kurang memahami. Borang online hanya untuk penerima BR1M mengemaskini maklumat peribadi dan juga untuk pemohon baharu.

Sunday, December 29, 2013

Daulat Tuanku

Tanda anak anda Autisma

Faqihah di Perpustakaan Tun Razak

Minat dengan buku selain komputer

Saling berinteraksi dengan adiknya

Asyik dengan buku

Hadif, amat rapat dengan Faqihah



Saturday, December 28, 2013

Bercuti ke Bukit Merah


 

Berkesempatan untuk bawa anak2 bercuti.

Sepatutnya dah lama bawa anak2 bercuti. Cadang2nya dulu nak pergi ke Melaka. Plan terpaksa ditangguhkan kerana kak long terlibat dengan Kem Tahfiz selama 2 minggu, 14 - 24 Dis 2013.

Terpaksa juga bercuti tanpa bermalam.

Semalam baru kak long tamat kem tahfiz, 30 Dis 2013 abah ada mesyuarat pulak. Pada 31 Dis 2013 ada orentasi sekolah SK Cator Evenue, Haziq terlibat. Manakala 1 Jan 2014, sibuk nak buat persiapan persekolahan.

 Jadi 29 Dis 2013 sahaja masa yang ada untuk berjalan. 

Harap anak2 gembira walaupun tidak bercuti seperti mana biasa.

Kopi Segera Pembunuh Senyap


BANYAK BETUL KOPI YANG DICAMPURKAN DENGAN UBAT KUAT SILDENAFIL


Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Kek Kayu

Christmas log from our dear parent... Teacher Ruby

Friday, December 27, 2013

Karya seni remaja autistik


Amir Faisal memberi penerangan pada Marc Mullie dan isteri mengenai arca yang dibuatnya.

Amir Faisal Agil, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Wangsa Maju dalam kelas pendidikan khas, menunjukkan minat dalam pembuatan arca berbentuk seperti robot,makhluk asing, binatang, dinasor dan makhluk-makhluk pelik.

Sejak kecil lagi, dia memang bermain dengan blok-blok lego yang dicantum satu demi satu bagi membentuk pelbagai objek.

Kemudian minatnya berubah kepada membentuk makhluk-makhluk pelik dengan menggunakan tanah liat.

Melihat kepada kecenderungannya itu, sejak dua tahun lalu ibunya, Zaiton Mohd Yatim, telah mendaftarkan Amir Faisal ke kelas seramik, Clay Expressions di bawah bimbingan guru serami berbakat, Cindy Koh.

Susu Kambing...Makanan Sunnah


Tahukah anda bahawa amalan meminum susu kambing adalah amalan sunnah. 

Maka, Jadikan Amalan Minuman Susu Kambing sebagai Amalan Sunnah Harian Anda Sekeluarga. Banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada amalan tersebut.


Sebagai alternatif susu ibu dan sesuai untuk perkembangan bayi Membina kekuatan immune bayi Membantu perkembangan minda bayi Meningkatkan daya fokus dan daya ingatan bayi Meningkatkan daya pemahaman dan penghayatan minda. Menurunkan tahap gula dalam darah Menurunkan tekanan darah tinggi Memecahkan lemak dan menurunkan kadar kolesterol dalam darah 

alkindi5919@yahoo.com
Klik Testimoni Susu Kambing.


Hadif di Perpustakaan Tun Razak

Amat minat dengan buku
Sebelum tidur malam wajib baca buku
Dah kenal huruf, angka, warna... 4 tahun

Pesanan buat Suami


KISAH TELADAN SUAMI ISTERI- SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT...

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

OKU angkat sumpah sebagai senator

Penterjemah OKU angkat sumpah sebagai senator
Bathmavathi mengangkat sumpah di Parlimen hari ini.
K. Bathmavati menjadi kebanggaan golongan OKU. Amat diharapkan perlantikan beliau sebagai senator akan dapat memertabatkan golongan tersebut. Suara OKU akan didengari oleh masyarakat.  Tidak dipinggirkan oleh masyarakat.

KUALA LUMPUR: K. Bathmavathi, penterjemah Orang Kurang Upaya (OKU) hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Bathmavathi, 59, anggota Majlis Kebangsaan OKU, merupakan penulis dan penterjemah bebas yang dilantik sebagai Senator OKU kedua bagi menggantikan pakar ekonomi cacat penglihatan, Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2009.

Berasal dari Kuala Krau, Pahang, Bathmavathi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dari Universiti Malaya pada 1978 sebelum menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam Pengajian Perpustakaan di Universiti Teknologi Loughborough, United Kingdom pada 1983 dan seterusnya mengambil Sijil Penterjemahan dari Institut Terjemahan Negara pada 2002.

Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Editor Budiman di Universiti Malaya pada 1978 hingga 1979 dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat dari 1979 hingga 2004.

Bathmavathi ketika ditemui pemberita berkata beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengesyorkan dirinya sebagai senator.

"Saya berharap dengan pelantikan ini dapat memberi peluang kepada saya untuk membangkitkan isu-isu berkaitan dengan hak-hak OKU terutamanya dalam memberikan lebih banyak kemudahan infrastruktur di tempat-tempat awam serta bantuan peruntukan kepada golongan ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim ketika ditemui pemberita berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Akta OKU 2008, bahawa semua OKU perlu diberi peluang sama rata dalam semua aspek.

Beliau turut melahirkan rasa bangga pelantikan Bathmavathi sebagai senator yang mewakili golongan OKU di Malaysia.

Cara tingkat potensi anak


Semua kanak-kanak mempunyai potensi tumbesaran di dalam diri mereka. Ketahui cara-cara untuk mempertingkatkan lagi potensi anak anda dari infografik ini!

Thursday, December 26, 2013

Tuition Kak Long 2014

Bahan-bahan yang dibekalkan Pusat Tuisyen Utama

Atas permintaan Kak Long, beliau meminta dicarikan pusat tuisyen sebagai aktiviti tambahan 2014 sebagai persiapan untuk bersaing di SMK Convent Ipoh pada tahun 2014. 

Pada tahun 2013, berlaku kemerosotan pencapaian akademiknya pada PAT jika dibandingkan semasa PPT. 

Pendaftaran telah dibuat di Pusat Tuisyen Utama di Silibin Perak. Diharapkan ada peningkatan dalam peperiksaan 2014. 

Dirancang juga, kak long menghadiri kelas tahfiz di Tambun untuk aktiviti hari Sabtu sebagai kesinambungan Kem Tahfiz yang dihadirinya pada 14 - 28 Dis 2013.

Bagaimana Anak Dara nak Kuruskan Badan


1.Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg dalam seminggu. Angka 0.5kg adalah angka biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan wanita. Jangan terlalu memaksa jika anda tidak mencapai sasaran awal.

2. Tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat doktor.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.

4. Kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis. Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

5. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Anda disyorkan untuk menggantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

6. Banyakkan minum air mineral.

7. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

8. Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan begitu cepat.

Sumber - FB

Persepsi Masyarakat tentang Autisma

Wednesday, December 25, 2013

Hukum melabur ASB/ASN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah: 

1.      Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

2.      Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas

3.      Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

4.      Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.

5.      Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

6.      PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: Sila layari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Persoalan timbul apabila terbaca surat berikut:

asbharam.jpg


Ulasan seperti tertera dalam laman (Klik) berikut http://www.zaharuddin.net.

Jangan perlekeh OKU


Catatan seorang ibu dlm ruangan komen Blog dibawah. Tiada kewajaran blogger berkenaan mengaitkan isu ini dengan OKU.

"Encik, maafkan saya ye..saya setuju hujah2 Encik tapi tak perlulah membabitkan golongan OKU..Saya tahu keluarga Encik tiada yg OKU ..Orang yang sihat akan jadi OKU bila di timpa kemalangan ke.yang terpilih dr yg di pilih..Tak mustahil kita juga akan terpilih jadi OKU.Tak semestinya golongan OKU ni semua berfikiran yg buruk spt en sangkakan..Saya amat kesal dgn apa yg en tuliskan di sini dan betul2 rasa terhina.."

Tersentuh jiwa/raga semua ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa. Tidak terkecuali semua insan yang terlibat. Sedarlah bahawa bila2 masa sahaja memungkinkan seseorang itu akan jadi OKU.


Artikel yang dikeluarkan seperti dibawah.

Kenaikan Kadar Tol 2014

Mujorlah teman idak kerap terlibat. Naye...

OKU: Lagu "Ku Boleh Ku Gemilang"

Kanak-kanak hiper - OKU



Kanak-kanak hiper juga bawah kategori OKU
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 
Dilaporkan terdapat 93 peratus daripada 55,685 orang kurang upaya (OKU) peringkat sekolah merupakan OKU yang mempunyai masalah pembelajaran manakala hanya 7 peratus adalah OKU fizikal. Jumlah sebenar pelajar OKU adalah lebih besar namun kebanyakannya tidak didaftarkan oleh golongan ibu bapa atau penjaga.

Disarankan ibu bapa atau penjaga yang merasakan anak mereka mempunyai masalah pembelajaran agar melakukan pemeriksaan di hospital untuk mengesan tanda-tanda OKU pada peringkat awal.


Masalah pembelajaran ini dia boleh berlaku di kalangan keluarga kita pun, tapi kita tak nampak sebagai OKU dan kita tidak ambil apa-apa campurtangan tetapi sebenarnya apabila bawa ke hospital jumpa doktor rupanya mereka berada dalam kategori masalah pembelajaran seperti dyslexia dan hiperaktif di mana kanak-kanak hiper yang tidak boleh duduk diam juga dikategorikan sebagai OKU

Di bawah kategori masalah pembelajaran yang digariskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual.

Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.

Tuesday, December 24, 2013

Hadif & Kak Long


BN Penipu

Semakan/Rayuan ke SBP Tingkatan 1





Talian e-Rayuan dibuka kepada pemohon Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP 2014) yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 10 hingga 24 Disember 2013.

Sila layari http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan/ untuk semakan keputusan permohonan anak anda. Permohonan e-Rayuan SBP akan dipamirkan setelah tuan/puan membuat semakan status permohonan.

Sila layari http://www.moe.gov.my/ untuk mengetahui perkembangan tersebut dari masa ke semasa.

Semoga rayuan permohonan tuan/puan berjaya. Terima Kasih.

Budjet Persekolahan 2014



Dah beli keperluaan anak2. 

Nah!!! Ini senarai jangkaan perbelanjaan yang perlu disediakan untuk seorang anak. 

Pandai2lah budjet.

Bayangkan jika ada 5 orang anak yang bersekolah.

Perbelanjaan ini tidak termasuk pakaian-pakaian yang perlu disediakan untuk ke kelas KAFA.

Juga, keperluan-keperluan yang dperlu di beli di kedai sekolah seperti buku tulis, buku rujukan, pakaian sukan dan sebagainya.

Walaupun dikatakan tiada yuran sekolah dikenakan kepada pelajar tapi masih ada "yuran" yang yang harus dibayar seperti yuran PIBG.

Segalanya harus dilalui oleh ibubapa demi pendidikan anak masing-masing.


Monday, December 23, 2013

Kem Takhsin Solat 28/12/2013


Penuhi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan mengikuti KEM TAHSIN SOLAT.

Tarikh: 28 Dis 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: Masjid Al-Hidayah Pengkalan Pegoh Seberang Ipoh.
(Berhampiran dengan SMK Pengkalan Ipoh)


Tentatif Program
Sesi 1 - Aqidah dan Tauhid (Mengapa perlu solat)
Sesi 2 - Cara Bersolat
Sesi 3 - Latihan Amali

Penyertaan: Pelajar tingkatan 1-6 sahaja (Lelaki/Perempuan)
Yuran Penyertaan: RM10.00
Makam/Minum: Disediakan

Hubungi: Norhidzam 012-5009093 atau Kamsun 019-4275159

Perbetulkan Solat anak-anak kita!