Tuesday, June 18, 2013

Taklimat Kerjaya anak2 OKU


Sekolah pak yoep akan menganjurkan program Sehari Bersama Warga Pendidikan Khas pada 29 Jun 2013. Di antara pengisian program ialah Taklimat Kerjaya dan Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013. Sasaran program ialah ibubapa pelajar2 pendidikan khas.

Taklimat Kerjaya merupakan program yang amat penting untuk ibubapa mendapatkan maklumat tentang peluang2 pendidikan dan kerjaya anak masing2 selepas tamat sesi persekolahan (19 Tahun). Taklimat2 akan disampaikan oleh wakil Institut Teknologi Perak (ITP), Mydin dan Daybreak.

Respon drp rakan2 pak yoep dlm fb Kelab Anak Autisma, mereka amat teruja dengan program yang dianjurkan.

Kemanakah HALUAN Anak2 Istimewa selepas tamat bersekolah???

No comments:

Post a Comment