Tuesday, June 18, 2013

Result PPT 2013 Kak Long


Sehingga kini, kak long gagal menempatkan diri di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) walaupun permohonan telah dibuat ke MRSM dan SBP. Temuduga juga telah dilalui. Rayuan telah dibuat berkali2. Tiada rezeki kak long untuk belajar di sana walaupun dalam UPSR memperolehi 5A. Kini, kak long belajar di SMK Convent Ipoh.

Nampaknya kak long dah redho dengan situasi. Dia juga dah seronok berada di sekolah tersebut. Baru2 ini kak long telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun (PPT) 2013. Keputusan yang diperolehi juga agak memuaskan.

Tiada tuisyen dihadiri. Kak long dibantu untuk kecergasan minda dengan menggunakan JERI QUOTIENT dan SMART COCO A+. Adik2nya turut menggunakan produk2 tersebut untuk tujuan yang sama.


Keputusan peperiksaan PPT 2013 kak long seperti berikut:

Bahasa Melayu - 85%
Bahasa Inggeris - 76%
Math - 80%
Sains -84%
Sejarah - 78%
Geografi - 76%
KH (Perdagangan) - 66%
Agama - 73%

Keseluruhan: 3A 5B
Kedudukan dalam kelas: 11

Kak Long amat berbangga dengan keputusan yang diperolehinya walaupun gagal mendapat semua gred A. Prestasi akademiknya di sekolah menengah nampak lebih baik jika dibandingkan semasa sekolah rendah.

Sama2 kita doakan agar kak long terus kekalkan prestasinya setiap masa.

No comments:

Post a Comment