Terima
kasih. Terasa bagaimana tekalnya Rasulullah S.a.w. menghadapi cabaran
dan dugaan bagi menegakkan Syiar Islam dan menentang serta memberi
kesedaran kepada pihak yang bukan Islam dan memerlukan hidayah baru.
Andai kata kita diibaratkan pada zaman itu....adakah kita telah mampu
berbuat demikian?
Semoga kita diberi kekuatan di dalam memikul
tanggungjawab sebagai ibu bapa serta penjaga di dalam membela nasib
anak-anak istimewa, di mana pada pandangan masyarakat mereka adalah
'orang pelik' dan tidak seharusnya dipedulikan.
Tetapi mereka sendiri
tidak tahu dengan adanya golongan ini, kita telah dihidayahkan oleh
Allah bahawa tiada ciptaan di dunia ini semuanya sempurna bahkan
mengingatkan bahawa semuanya adalah di dalam kekuasaannya dan kita
sebagai insan kerdil, tidak lari dari serba kekurangan.
Dari Allah ia
datang dan dan kepada Allah ia kembali.
Renunglah apabila kita merasakan
kita terlalu hebat atau sempurna, maka dengan izin-Nya , Allah akan
mengambilkan ia kembali tanpa memakan walau setengah saat sekali
pun.
Terjadinya demikian bahawa bahawa Allah amat marah kepada mereka
yang takbur serta tidak tahu berterima kasih.
Sesungguhnya semoga Allah
memberi belas kasihan dan melimpahkan kasih sayang kepada kita dan
mereka yang memerlukan pertolongan,Amin
Sumber: Razia Aziz KAA
No comments:
Post a Comment