Menjadi Blogger Dikenali
5 tips yang perlu anda dilakukan
- Usaha Tangga Kejayaan - Anda perlu berusaha dengan gigih
supaya blog anda boleh ditempatkan dalam ingatan. Anda harus ingat,
pengunjung dan pembaca blog anda bukan semuanya blogger atau mempunyai
blog, jadi pastikan usaha anda itu menyeluruh. Anda mesti berusaha untuk
memikat pengunjung menjadi pembaca setia blog anda. Usaha ini
termasuklah mencari ilmu, belajar cara menulis, perkayakan diri dengan
informasi dan sebagainya.
- Berblog Di Mana Sahaja - Haa ... tips ni mungkin tak ramai
yang tahu. Dan kalau tahu pun tak ramai yang ikut. Ramai blogger yang
berjaya 'membawa' blog bersama mereka. Jika ada perkara menarik,
sepantas kilat akan ada update terbaru. Biasalah, kadangkala idea datang
tak ikut masa, maka perlu cepat-cepat dicurahkan agar idea tersebut
tidak hilang bisanya.
- Kreatif - Anda perlu kreatif mengolah cerita dan idea.
Mungkin cerita itu cerita biasa seharian, tetapi dengan sedikit lampu
kuning menyala di atas kepala, anda boleh mengolah sebuah cerita ABC
menjadi sebuah cereka ABCDEFGHIJKL sampai Z. Kreatif memerlukan anda
berpandangan kritis, berpandangan jauh, dan menangguk pengalaman lampau
samada dari diri, atau sekeliling anda.
- Sedia Terima Kritikan - Blogger manusia biasa, kadangkala ada
masa betul, ada masa tak berapa nak betul. Bila betul, okaylah, tapi
bila tidak betul ... bersedia untuk terima teguran dan kritikan. Anda
perlu lapang dada, dan bijaksana hadapi benda-benda yang mungkin parah
didengar atau meluat dibaca. Hati kena cekal, dan kesabaran perlu ada.
- Fotogenik - Ini adalah satu bonus. Kebanyakkan blogger yang
dikenali ramai ada raut wajah kacak dan jelita. Ramai blogger wanita
khususnya cepat dikenali kerana punyai wajah cantik menarik dan memikat.
Bukan setakat sejuk mata memandang di mata lelaki, tetapi juga di mata
wanita lain. Blogger yang ada rupa akan senang dapat perhatian oleh
blogger lain, dan kebanyakkannya akan dapat promosi percuma oleh
blogger-blogger yang kagumi akan wajah fotogenik yang mereka ada itu.
No comments:
Post a Comment