Wednesday, June 5, 2013

Ciri2 ADHD Faqihah


Di antara kesukaran kami mendidik Faqihah (autisma) kerana dia turut mempunyai ADHD. Masalah utama yang dihadapi ialah kesukaran Faqihah menerima arahan. Maka, amat sukar untuk menghalangnya melakukan sesuatu yang kadang2 di luar pemikiran kami terhadap apa yang bakal dilakukannya.

Semua ciri2 HIPERAKTIF di atas ada pada Faqihah. Ciri2 ini telah semakin berkurangan.

SUKAR MEMBERI TUMPUAN hanya melibatkan suka berkhayal, kerja rumah tidak siap dan bertangguh. Ciri2 ini masih dihadapi sehingga kini. Walaubagaimanapun Faqihah dapat mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik sehingga tidak pernah gagal menerima Anugerah Akademik Terbaik setiap tahun semasa Hari Anugerah Gemilang Akademik peringkat sekolah.

Ciri2 IMPULSIF telah tiada dihadapi Faqihah walaubagaimanpun ciri2 merupakan turut menjadi masalah utama Faqihah semasa kecil kecuali Faqihah tidak pernah mempunyaai ciri2 menganggu kanak2 lain.

Berkat usaha semua pihak, Faqihah dapat dipulihkan sampai ke tahap sekarang.

Terima Kasih kepada semua Guru Taska Riang Bestari, Guru SKSK dan SKSM, PPM, Brighter Future, Yayasan Sultan Idris dan Nasom Ipoh yang terlibat mendidik Faqihah.

Jasa kalian akan kami kenang selamanya.

No comments:

Post a Comment