Monday, June 10, 2013

Math July Paper 2013


Terima email drp Pn XXXXX dr Bt Gajah bertanya tentang perkhidmatan yang Klinik Math Pak Yoep sediakan terutama perkhidmatan bimbingan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Math July Paper. Tidak menerima terus permohonan beliau sebaliknya mendapatkan latar belakang anaknya.

Setelah semua maklumat diterima, yakin dengan kemampuan anaknya untuk ikuti sesi tuisyen, barulah kami menghubungi melalui telefon. Maklumat diperlukan kerana hendak memastikan beberapa perkara terutama anaknya berminat @ tidak terhadap sesi tuition yang bakal diadakan dan tahap pencapaian matematik anaknya sebelum ini sebagai gambaran rancangan yang bakal disusun untuk anaknya.

Temujanji dibuat. Peruntukan masa cuma pada sabtu dan ahad malam sahaja yang ada kekosongan. Waktu rehat kami korbankan semata2 untuk membantu anaknya menduduki peperiksaan tersebut.

Hasil perjumpaan untuk sesi 1, didapati tiada masalah besar dihadapi oleh anaknya. Mengapa gagal? Sedanga subjek lain2 gred B dan C sahaja. Tiada gred D. Math GAGAL yang menyebabkan syarat permohonannya ke IPT tidak dapat dipenuhinya. Gagal memohon untuk menyambung pelajar ke mana2 IPT.

Dua bulan sesi tuisyen berjalan. Ada peningkatan. Cuma dapat terapkan 72% sahaja untuk persiapan peperiksaan tersebut dalam tempoh tersebut.

....bersambung.

No comments:

Post a Comment