Friday, June 7, 2013

Khatan anak2 autisma


CABARAN anak autisma lelaki berKHATAN. Yang perempuan tidak terkecuali. Kerap memikirkan bagaimana nak melaksanakannya terutama anak2 autisma yang ada hiperaktif.  Dibawah dinyatakan sebahagian drp komen2 dalam laman FB Kelab Anak Autisma berkaitan dengan berkhatan. Sebagai ibubapa kita akan cuba berikan yang TERBAIK kepada anak2 autisma

"Minggu lepas servey hospital yang boleh buat SUNAT utk anak autisme + hyper..ada yg boleh buat tapi harganya dari RM2000 hingga Rm2600..pastu kena stay kat hospital utk 3 hari..sampai okay la..dulu ada yg kata buat kat hospital tu dalam RM800.00 sahaja n x perlu stay..hari nie buat esok dah okay..tu yg tanya balik hospital tu dah lain ler pulak..ermmm..ada x sapa2 tahu nak sunatkan anak autisme kat mana?" drp Fiyah Batri


" Tahun lepas saya sunatkan anak saya...panggil tok mudim spital dtg umah..rm100..tapi ayah ngan atuknya kene pegang..menjerit cam nak kene sembelih...tp pastu alhamdulillah. .dah xsakit katanyer..tp lambat baiknya..xreti dok diam...walau xwajib tp klo berkhatan rasa cam bersihkan..." drp Ummu Ahnaf

"Salam.. sy doktor bhgn bius di hospital kerajaan n my son is autism. Dah beberapa budak autism yg sy bg bius n so far alhamdulillah balik pd hari yg sama dgn operation... apa yg puan bleh buat.. pergi hospital kerajaan.. ckp nk bw anak utk bersunat.. minta buat under full bius n minta buat under daycare (boleh dtg buat operation n balik pd hari yg sama) ckp anak autisme.. selalu anak2 mcm ni kita akan buat as first case.bw kad oku or GL n everything is free... hospital besar d setiap negeri ada daycare center ini... anak sy sudah bersunat..alhamdulillah ok" drp Murni Sari


"Pendapat saya sunat selepas lahir. Sama ada kanak2 itu autisma atau tidak itu bukan masalah nya. Janji kemudahan masa hadapan. Saya dah lakukan sebelum anak saya di sah kan autisma...alhamdullilah" drp Najib Nuqman
 

"Anak saya dulu berkhatan kat hospital putrajaya...setelah buat perbincangan dgn doktor, doktor telah buat keputusan memilih yg terbaik utk anak saya...bius dan tidur.." drp Lina Jamion
 

"Anak sy sunat umur 4 thn... sy minta daycare sbb tau anak sy tak bleh duduk diam kalau di wad... sy buat di hukm... dtg pg tu... masuk dewan bedah.. abis operation budak lain tido je... anak sy dah melompat lari dlm dewan bedah cari atuk dia... alhamdulillah staf situ sgt memahami... slps operation duduk skjp...then pkl 2pm dah balik umah... slps operation x pakai kain pelekat... x duduk diam pon sbb dia hyper... sy start ubat tahan sakit 3 kali sehari... alhamdulillah ok.. sekrg anak dh 5 thn" drp Murni Sari
 

"Saya sunatkan anak autistik saya di hospital tawakal, kl. Diuruskan oleh NASOM dgn kerjasama hosp tsb, untuk bersunat beramai-ramai. Dapat special rate. Kalau tak silap saya 800.00 shj. Full bius dan balik hari yang sama. Cepat sembuh. Tahu shj lah bukan senang hendak jaga anak2 autistik ni." drp Fatimah Zakaria

No comments:

Post a Comment