Thursday, December 6, 2012

Testimoni JERI Quotient (Akademik)



KAK LONG
(Noor Fakhira Izzah Izzati)

Berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Bersyukur ke hadrat Allah atas kejayaan Kak long. Asalnya Kak Long telah ditempatkan dalam kelas yang tidak lancar semasa tahun satu. Tahun 1 dan 2, dia berada kelas ke-2. Mulai tahun ke-3, baru ditempatkan dalam kelas pertama kerana kejayaannya menduduki tempat ke-3 dlm kelas ke-2. Walaubagaimanapun dalam darjah sekadar menduduki tempat ke-30. Terima anugerah pelajar berpotensi semasa Hari Anugerah SK Convent.

Peningkatan berlaku semasa dalam Tahun 5, drp kedudukan ke-30 pada peperiksaan akhir tahun semasa Tahun 4 kepada ke kedudukan ke-14 (PPT) dan seterusnya ke kedudukan ke-8 (PAT). Prestasi kekal sepanjang 2012. Dalam percubaan UPSR mendapat 4A1B.

Rahsia... sama seperti Haziq.

Teruskan membaca kisah perkembangan akademik Haziq pula dibawah


MUHAMAD HAZIQ FIKHRI



Alhamdulillah, terdapat peningkatan ketara Haziq dalam peperiksaan sepanjang 2012. Sebenarnya, kami amat risau dengan pencapaian peperiksaan Haziq sepanjang 2011 di SK Cator Avenue kerana keputusan yang diterima amat teruk, malah ada mata pelajaran yang gagal.

Tiada formula khusus yang diberikan. Haziq tetap aktif bermain terutama diwaktu petang 5 ptg - 7 mlm. Hari2 abahnya kena hantar untuk bermain bersama2 kawan2nya di Taman Pengkalan Bidari. Tiada tumpuan khusus di rumah untuk belajar.

Kini dia berjaya memperolehi 3A 2B dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012 jika dibandingkan 1A 2B 1C 1D dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Bakal ditempatkan dalam kelas pertama (Utarid) pada tahun 2013 dimana sekarang Haziq berada dalam kelas ke-4 (Zuhrah).

Cuma, kami hantar hantar tuisyen yang diajar oleh bukan guru (Pelajar ITP). Makan produk Attitude Therapy iaitu JERI Quotient dan minum Smart Coco A+ setiap hari. Mungkin dia amat fokus semasa cikgu2nya mengajar di sekolah dan pusat tuisyen.

Kami sekeluarga amat bersyukur dengan pencapaian yang ditunjukkan Haziq yang dah setanding dengan Kak Longnya.

Rumusan keputusan peperiksaan Haziq ialah:



Mata Pelajaran
UJIAN 1 PPT PAT
B. Melayu (Pemahaman)
75 68 93
B. Melayu (Penulisan)
57 71 88
English
49 51 83
Science
74 83 79
Mathematics
40 36 60

No comments:

Post a Comment