Saturday, December 15, 2012

Perkembangan Faqihah Dis '12


Perkembangan terbaru Faqihah... dah boleh MEMULAKAN interaksi (berbual) dengan orang lain. Kebiasaannya, kita yang mesti memulakan perbualan jika ingin berinteraksi dgnnya. 

Dah hampir seminggu Faqihah TANPA komputer kerana ROSAK dan tengah repair... Aktiviti yang dilakukannya, menonton tv, membaca, melukis dan bermain2 dgn adik bongsunya (3 tahun). Kadang2 bergaduh dengan kakak dan adik2nya. 

Masih mengamalkan rawatan attitude therapy... JERI, CEO1, CEO20, mandi ais dengan seri wangi dan shower power bath. Diamalkan sejak 2005.

No comments:

Post a Comment