Wednesday, December 12, 2012

Peranan ibubapa anak autisma



Menjalinkan hubungan rapat dengan ibu bapa kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain.

Perhubungan rapat dengan ibu bapa yang juga mempunyai anak bermasalah pembelajaran adalah digalakkan. Mereka lebih memahami diri anda . Ibu bapa boleh bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman yang mungkin membantu anak mereka.

Bebanan ibu bapa juga menjadi lebih ringan sekiranya mereka dapat meluahkan segala yang gusar di hati mereka. Bergaul rapat dengan keluarga lain yang mempunyai anak yang bermasalah membolehkan kita bertukar pendapat dan perspektif serta berkongsi pengalaman.

Adakalanya pengalaman orang lain dapat membantu kita mengatasi masalah yang dihadapi.

Sebagai ibu bapa, boleh juga menganjurkan perkelahan dengan ibu bapa yang memiliki anak sedemikian supaya hubungan silaturrahim antara kita dan keluarga itu wujud dengan lebih erat.

Hubungan ini penting kerana sekurang-kurangnya kita mempunyai tempat mengadu. Mereka lebih memahami diri daripada ibu bapa lain yang tidak mempunyai anak istimewa.


No comments:

Post a Comment