Tuesday, December 4, 2012

Cabaran ada 3 anak autisma


Terharu bila membaca komen seorang ibu dlm laman ini yang menceritakan kisah keluarganya yang mempunyai TIGA orang anak autisma dlm kategori yang pelbagai. Bertambah menyayatkan hati bila dimaklumkan ibunya turut menghadapi KANSER.

Rasanya perlu pak yoep kongsikan bersama maklumat yang ditulis oleh ibu berkenaan. Iaitu....


Salam,

Betul ke ubat ni blh membantu anak2 Autisme..3 org anak lelaki saya semuanya Autisme..Keluarga saya adalah pengguna tegar examo dr hg rm 48-80 kini..Tp tiada kesan apa2 pun.

Sy x minta byk perkembangan pun, cuma krgkan perangai ageresifnya dan hyperaktifnya..Tak kisah anak x blh berckp @ x pandai..Ketiga2 anak saya berlainan karektor ..Buat masa ini suami x benarkan beli mana2 ubat sbb frust sgt2..Hanya baca ayat 2 Ruqiyyah dlm minuman dan makanan mrk..Kdg2 saya terpaksa merotan anak sy sbb dia cuba mencederakan sy ..Mrk semakin besar 17tn, 13 thn dan 5thn..Brp harga ubat ini kalau mahal sy tak mampu..Byk org syorkan ubt2 pd saya beratus hgnya..Bkn sy syg duit tp duit byk habis utk rawatan kanser sy dulu..Maaf pjg lebar pula. TK.


Selesai sahaja membaca komen, pak yoep terus melayari blognya.. memang mengharukan. Jika sekiranya, pak yoep sekeluarga menghadapinya... amat sukar digambarkan keupayaan kami sekeluarga untuk menghadapi situasi tersebut.

Ya..Allah berikanlah kekuatan kepada keluarga berkenaan untuk meneruskan kehidupan. Moga semuanya akan pulih seperti sediakala. Juga, moga mereka tidak berputus asa dengan ujian yang Engkau berikan. Terus berusaha mengatasi masalah yang ada.

No comments:

Post a Comment