Tuesday, January 21, 2014

Pasar Percuma di KL - Tanpa Wang


Tidak pernah lihat dan dengar aktiviti seumpama ini diadakan di Malaysia. Rupa2nya ada dilaksanakan di Kuala Lumpur. Macam zaman dulu2 pulak.



Pasar Percuma adalah aktiviti untuk menukar-nukar barangan ataupun perkhidmatan tanpa menggunakan wang. Sempena perayaan Thaipusam dan Tahun Baru Cina yang menjelang akhir bulan ini, pasar seumpama itu diadakan di Dataran Medan Pasar, Kuala Lumpur. 

Orang ramai digalakan berkunjung dan meninjau pasar dengan konsep “bawa sesuatu datang dan ambil sesuatu pulang. Tak perlu duit. Semuanya percuma.

” Antara barangan yang ditawarkan termasuk pakaian, buku dan makanan. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan mengurut mahupun berbual dengan peserta pasar berkenaan.

No comments:

Post a Comment