Friday, January 17, 2014

Cara Terapkan Minat Matematik


Formula 3M Buat Anak Minat Matematik

1. I'm Maths Genius

Sebagai seorang ibu, memupuk anak untuk minat kepada matematik adalah penting. Kita boleh ubah pemikiran mereka supaya tidak terdorong kepada “Say No To Math” kepada “Me Like Maths” atau I'm Maths Genius.


Cara yang paling mudah adalah beri mereka latihan matematik sekurangnya 2 kali seminggu dan tambah jumlah latihan apabila mereka kelihatan bersedia. Anak yang kuasai matematik berpotensi jadi seorang ilmuwan yang hebat apabila mereka dewasa.

2. More Exercise More Better


Matematik adalah subjek yang perlukan seseorang berfikir untuk selesaikan masalah yang diberikan. Setiap soalan ada jalan kira atau formula yang perlu kita guna.


Untuk memantapkan penguasaan anak kita dalam matematik, latihan adalah jalan yang terbaik. Melalui latihan, anak kita dapat kenal pasti cara yang paling tepat untuk selesaikan soalan-soalan dengan mudah.

3. Must Have Discipline


Nampak sahaja perkataan disiplin, pasti terbayang kita mesti tegas terhadap anak kita. Sebenarnya tidak. Disipilin di sini bermaksud anak kita lakukan latih tubi dalam matematik secara konsisten.


Jika minggu ini kita beri mereka 100 soalan matematik untuk mereka jawab, minggu seterusnya juga kita berikan jumlah yang sama atau kita tambah jumlah soalan jika mereka sudah bersedia.

Sumber - Math Catch

No comments:

Post a Comment