Saturday, January 11, 2014

Jangan Tention anak Autisma


Setiap anak autistic tak sama spectrumnya.maksudnya kita takkan jumpa anak autistic yg sama sebijik seketul dgn anak autis yg lain.sama jgk la lana tak akan jadi temple grandin.ataupun shah rukh khan..mahupun kublai khan sekalipun.tehehhe.

Keberkesanan setiap method mengajar, rawatan, supplement, diet..jugak berbeza.mmg takkan sama.



So sebagai parents kenalah rajin buat eksperimen kepada anak kita.bukan anak autis je..anak typical pun begitu.mungkin tak sesuai secara lembut..kena tegas.mungkin tak sesuai method reset minda positive sokmo apa saja kesalahan dia buat ckp dgn slow n tanpa ada apa2 pengajaran disitu.jadi kita kena ubah cara lain..sampai serasi.

Jadi tak ada istilah..lepas buat apa saja usaha mesti kena pandai jugak2.and bila sebagai mak ayah kita high expectation..kita akan down giler.so jgn mcm tu.

Sama jgk teknik toilet training lana..lana bukan jenis perlu diajak ke toilet setiap 5 atau 10 minit.

Disebabkan lana hyperlexia dia lebih tertarik pada tulisan berbanding gambar, so sy letakkan perkataan potty time di dinding.sekali sekala sy akan tanya lana nak potty training tak?if yes dia akan ajak kwn dia( mr bear or mr monkey) untuk sama2 ke toilet.

Lana ada masalah sensory.tak boleh basah2..sb tu kena kurangkan kekerapan ke bilik air.

Ni ada beberapa gambar.alhamdulillah dia boleh bukak seluar n bagitahu mommy " time to potty" walaupun malu untuk meneran.tp oklah.

So kesimpulan saya.jgn tension.kita tension anak pun tension.enjoy setiap aktiviti dgn anak.anak pun tak stress.

Kalau stress igt lah" syukur anak kita masih mampu buang air besar dan kecik, sihat sempurna tak ada masalah usus"( ni sy buat kalau dok tension pehal tak pandai pi jamban lagi ni)

Doa usaha istiqamah dan tawakal.



Sumber - FB

No comments:

Post a Comment