Monday, December 31, 2012

Produk Attitude Therapy


Ramai yang bertanya mengenai produk Attitude Therapy terutama JERI Quotient sebelum membuat tempahan melalui email. Maklumat2 tersebut telah pak yoep muatkan dalam laman ini. Walaubagaimanapun, diperjelaskan sekali lagi mengenai produk tersebut.

Ringkasnya seperti berikut:

Serba sedikit mengenai produk Attitude Therapy. JERI merupakan salah-satu produknya. Kami dah guna produk2 Attitude Therapy sejak 2005 untuk keperluan keluarga termasuk JERI.

Kenali Produk Attitude Therapy

- Semua produk Attitude Therapy berasaskan madu, minyak zaitun dan habbatulussauda serta gabungan berbagai essence dan aroma bunga bungaan dan bahan semulajadi herba terpilih.

-Dipertenagakan dengan tenaga gelombang frekuensi organ dan tenaga assyiffa dan vibration seribu ATTITUDE yang positif untuk membina keheningan jiwa dan kebagusan akhlak disamping merawat penyakit merangkumi 4 aspek spritual, emosi, mental dan jasmani.

-Mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana2. Dijamin tiada risiko dan kesan sampingan.



Nasihat sebelum menggunakan produk Attitude Therapy

Attitude terapi sentiasa memberi kesedaran sebelum memberi ubat. Jika pesakit merasakan ubat adalah segala-galanya dalam menyembuh penyakit maka matlamat utama tidak tercapai. Semoga kita bertambah iman dan bertambah bersyukur pada nikmat kesihatan yang selama ini melupakan kita pada Yang Maha Pemurah. Di antara nasihat yang diberikan ialah:

Pertamanya, sangkaan perlu dibetulkan bahawa kuasa penyembuhan adalah 100 peratus adalah dengan keizinan Allah swt. dan Allah swt tidak memerlukan apa-apa perantaraan untuk menyembuhkan penyakit, cukup sekadar Allah kata "jadilah" maka jadilah ia. Ikhtiar adalah diwajibkan dalam mencari penyembuhan dan mendapat pahala. Dalam berikhtiar perlu menjaga nilai syara' dari segi halal dan suci. Jika keyakinan kuat pada Allah swt. tidak ada yang memudaratkan melainkan dengan izin Allah swt semata-mata.

Kedua, niat adalah tenaga terkuat yang menjana penyembuhan penyakit. Oleh itu dalam merawat diri mulakan dengan niat untuk sembuh kerana Allah semata-mata.

Ketiga, sertakan setiap ikhtiar dengan memanjatkan doa kepada Allah swt. agar Allah swt perkenankan doa orang yang berdoa untuk sembuh.

Keempat, dalam berusaha mencari penyembuhan hendaklah yakin 100 peratus kepada Allah swt. yang maha Pemurah, Penyayang dan Yang Maha Kaya.

Kelima, bila berubat, buatlah dengan penuh harapan dan takut pada Allah swt. Sikap bersungguh-sungguh dalam berubat akan memberi hasil yang memuaskan dalam proses rawatan.

Kelima-lima panduan yang diberi akan membimbing pesakit mencapai kekuatan dalaman untuk merawat diri. Kesembuhan yang dicari akan membentuk sifat positif dan kesihatan dari dalaman.


JERI Quotient

Di antara KELEBIHAN LUAR BIASA yang diperolehi daripada pengamalan JERI QUOTIENT ialah

1. Ingatan segera.
2. Bantuan saat akhir peperiksaan.
3. Menajamkan kemahiran.
4. Perlindungan ibu dan bayi.
5. Membantu menyerap nutrient.
6. Melegakan senak dan kembung perut.
7. Memulih gangguan genetik minda
8. Merawat kanak2 nakal.
9. Memulih pesakit psikitrik.
10. Menyerlah potensi pelajar.

JERI berharga RM50.00 sebotol (180 biji) yang boleh digunakan untuk tempoh 2 bulan. Pak Yoep boleh poskan kepada tuan/puan...  bayaran  atas nama XXXXXXXXXX di Maybank XXXXXXXX.
Sila beri nama penuh, alamat dan no telefon. Setakat ada yang dah beli dr Sabah, Pahang, Selangor dan Johor untuk keperluan anak masing2. Kebiasaannya akan sampai dlm masa 2 hari. Di Perak ramai yang dah guna dan respon memuaskan, Insya-Allah.

Diantara pemintaan utama untuk penggunaan JERI Quotient setakat ini ialah meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan rawatan anak2 autisma. Jika rawatan anak autisma perlu menggunakan produk2 tambahan iaitu Seri Wangi, Shower Power Bath, CEO 1 @ CEO 2 dan CEO 20.

Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh dihantar kepada email alkindi5919@yahoo.com

Sekian.

Selamat Tahun Baru 2013


"Assalamualaikum semua teman pengunjung laman ini yang disayangi Allah. Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Jadikan tahun baru ini dorongan melakukan perubahan positif. Bertambah tahun bermakna bertambah usia.

Bertambah usia bermakna bertambah ilmu, pengalaman dan skil. Rakan dan kenalan juga bertambah. Oleh itu sewajarnya, kita menjadi lebih berjaya.

Jadikan semua ini sumber untuk menjadi lebih kaya, kaya agama, kaya hati, kaya jiwa dan kaya harta. Amin."

Dipetik drp kata2 Dr Asmadi, pakar motivasi dengan sedikit ubah-suai.

Terima Kasih atas sokongan anda dgn terus mengunjungi laman pak yoep yang tidak seumpamanya ini. Moga semua yang dipaparkan dapat dikongsi bersama terutama kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan anak2 autisma.

Sunday, December 30, 2012

Dysleksia dikalangan autisma


Terdapat dikalangan anak2 autisma turut mengalami dysleksia. Apakah dysleksia...foto berikut memberi serba sedikit maklumat mengenai dysleksia.



Dulu suri rumah, kini usahawan






TIADA siapa yang menolak prubahan jika itu akan membawa kepada kehidupan yang lebih selesa. Dalam menjalani rutin harian di kota besar yang berpaksikan kuasa berbelanja, keupayaan meneruskan kelangsungan hidup sememangnya menjadi taruhan.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengecapi kesenangan hidup. Selain ada yang memilih pekerjaan yang menyalahi norma masyarakat dan undang-undang, ada pula yang mengambil jalan mudah untuk cepat kaya tanpa perlu bersusah-payah memerah keringat dengan menyertai perniagaan skim cepat kaya.

Malangnya, janji-janji manis untuk menuai hasil berganda berakhir dengan episod si mangsa berputih mata.
Hakikatnya, amat sukar untuk percaya jika ada pihak yang mendakwa dirinya menjadi kaya dan hidup senang dalam sekelip mata tanpa berusaha.

Begitu juga dengan kisah dua orang wanita cekal yang ditemui Kosmo!. Usaha gigih kedua-duanya untuk menikmati kehidupan yang lebih baik menjadi realiti. Semuanya kerana berkat jerih perih bersengkang mata menjahit.

Jika dahulu Norhaniza Abu Hassan, 38, hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM500 sebulan hasil tempahan menjahit, namun segalanya berubah tiga tahun lalu selepas wanita berasal dari Seri Iskandar, Perak itu menyertai Program 1 Azam.

Saturday, December 29, 2012

Tamat Tuisyen ulangkaji 2012


Tamat sudah Tuisyen Ulangkaji Klinik Pak Yoep sepanjang Nov/Disember 2012. Terima kasih atas komitmen semua pelajar dan ibubapa. Semua yang terlibat akan meneruskan tuisyen pada 2013.

Moga apa yang dipelajari sepanjang nov/dis akan dapat dimanfaat sebagai persiapan mengikuti sesi persekolahan 2013.

Pelajar yang terlibat seperti berikut:

1. Alya (Thn 5) - Jelapang
2. Izzati (Tg2) - Jelapang
3. Tasha (Tg2) - Jelapang
4. Danial (Thn 6) - Tmn Meru
5. Amira (Tg3) - Tmn Meru (add math)
6. Shahirah (Tg2) - Pengkalan
7. Syazwani (Tg4) - Pengkalan (add Math)
8. Athirah (Tg4) - Tasek
9. Fakhrul (Tg3) - Tasek
10. Rumajah (Tg4) - Pinji Mewah
11. Danial (Tg4) - Tmn Perpaduan (add Math)
12 Kamelia (Thn - 5) - Pengkalan
13. Zulaikha (Thn 5) - Pengkalan
14. Azrul (Tg4) - Ulu Kinta (add math)

Perkhidmatan Klinik Math Pak Yoep di Tmn Perpaduan masih ada kekosongan. Jika berminat untuk anak belajar matematik upsr/pmr/spm, sila hubungi alkindi5919@yahoo.com. Waktu perkhidmatan 3 -5 petang sahaja (Isnin - Jumaat).

Ibu menyesal bezakan kebolehan anak-anak


AKAL yang pintar milik individu yang sihat dan cerdas. Pintar, cerdik , bijak, pandai atau apa sahaja perkataan yang membawa maksud tersebut di atas adalah mereka yang bertuah dianugerahkan dengan kelebihan oleh Yang Maha Esa.

Dalam era moden, pelbagai teknik terkini ditemui saintis untuk melahirkan anak-anak genius. Setiap daripada kita dilahirkan dengan akal untuk menjadi yang terbaik.

Kekurangan yang dimiliki dan kesilapan mendidik menjadi penyebab potensi sebenar mereka gagal menyerlah.

Memiliki anak-anak yang genius adalah idaman setiap ibu bapa. Pun begitu, kita hanya mampu menanam impian kerana selebihnya adalah kerja Allah. Namun harus diingat, setiap anak memiliki keistimewaan mereka yang tersendiri. Ini harus diakui oleh semua ibu bapa.

Sikap suka membandingkan anak ini menjadikan seorang ibu leka buat seketika sehingga dia tersedar betapa setiap anak ada keistimewaan dan kekurangan. Inilah cerita yang ingin saya kongsi dengan anda semua.


Kisah bagaimana seorang ibu tidak melihat kelebihan dan kekurangan anak-anaknya dengan mata hati tetapi menyisihkan anak kandung sendiri.

Ingin mendalami cerita menarik ini, ikuti kisah selanjutnya.

Berhenti KERJA sementara DEMI anak autisma


Kongsi pengalaman: Berhenti KERJA sementara DEMI anak.

" saya nk share...sedari ank saya yg sulung lahir sehingga yg ke3...saya tdk bekerja..ank saya yg no 2 autime..skarang slepas 11tahun berhenti kerja tuk ank2...kini slepas puas melihat mereka membesar d dpn mata dlm jagaan sendiri saya kembali bekerja...walaupun ank saya yg no2autime...saya xpernh menyesal menjaga mereka semasa kecil & terpaksa melupakn alam pekerjaan...skarang slps ank no.2 dh pandai berdikari....saya diizinkn allahuntuk kembali merasai nikmt alam pekerjaan tersebut...saya sngt bersyukur kerana d berikn kesempatan beketja semula dlm jabatan kerajaan pulak 2....jadi pd pandangan saya x slh jika kita melupakn sementara alam pekerjaan tersebut dan beri tumpuan dahulu pd ank2 terutama yg istemewa....kerana ganjarannya pasti menanti d masa hdpan..." drp Ariati Atie

Rangsang Minda anak autisma


pix_gal0
Waktu bermain adalah masa terbaik untuk ibu bapa melihat perkembangan anak sama ada mereka memberi penjagaan cukup atau keperluan sesuai dengan apa yang diperlukan oleh bayi mahupun kanak-kanak untuk menjalani proses membesar sempurna.

Justeru, permainan diberikan kepada anak haruslah yang dapat memacu perkembangan otak mereka sehingga membentuk kecerdasan optimum.

Sebenarnya, tidak perlu membeli permainan yang mahal dan berjenama untuk merangsang kecerdasan anak. Bahkan, jika kreatif ibu bapa sendiri boleh mereka cipta permainan anak tanpa perlu berbelanja tinggi.


Memang seronok tengok anak gembira dengan permainan diberi tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa perlu mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa perkara asas sebelum permainan itu diberikan.

Pakar Kanak-kanak Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Adli Ali, berkata ada beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan oleh ibu bapa sekiranya mahu membeli keperluan permainan untuk anak.

Dr Adli berkata, sebelum membeli sebarang permainan mereka perlu mengambil kira sama ada permainan dibeli itu sesuai atau tidak dengan keperluan pembesaran anak.

"Ada empat perkara asas yang ibu bapa perlu tekankan untuk memberi anak permainan. Anak mempunyai keupayaan dinamakan motor kasar dan motor halus yang mana kita boleh mengesan keupayaan mereka melalui dua kebolehan berkenaan.

"Perkara lain ialah pengucapan dan skil pergaulan atau corak sosial dimiliki anak. Justeru jika ingin membeli sebarang permainan, pastikan alatan berkenaan membantu membina perkembangan minda dan empat perkara berkenaan," katanya ketika ditemui di PPUKM, baru-baru ini.

Kebanyakan ibu bapa gemar membeli permainan untuk anak atas kapasiti memenuhi kelengkapan koleksi permainan anak.

Selain itu, kegembiraan memiliki anak membuatkan ada segelintir ibu bapa teruja menyediakan kelengkapan seumpama itu.

Ibu bapa berasa seronok, apabila dapat membelikan permainan untuk anak dan melihat si kecil gembira memiliki barangan dimiliki.

Justeru, ada ibu bapa sanggup membelanjakan sejumlah wang banyak untuk membeli permainan dan ada kala tidak memikirkan, sama ada si kecil mungkin menyukainya atau pun tidak.

Pakar Kanak-kanak Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Adli Ali, berkata setiap permainan yang direka mempunyai fungsi tertentu.

Katanya, ibu bapa perlu tahu adakah peringkat usia anak mereka sesuai dengan peralatan permainan yang dibelikan kerana jika anak adalah bayi dan diberi permainan untuk kanakkanak berusia tiga tahun, ia tidak akan membantu.

Autisma Asperger

Mohon Maaf. Sekiranya ada, sila 'pause' pada bahagian bawah sekali pada video klip Sami Yusof untuk tutup iringan lagu Sami Yusof supaya topik perbincangan dalam video ini dapat didengari dengan jelas. Jom sama2 kita tonton. Terima kasih kepada tuan/puan yang telah upload video ini untuk tontonan semua. Berkemungkinan ada diantara kita tiada berkesempatan untuk menontonnya di TV. Dari topik perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa anak pak yoep, Faqihah boleh dikategorikan autisma asperger.

Friday, December 28, 2012

Anak autisma FBI

"hi all, nak share.. sy dan wife dikurniakan anak yg special, FBI (fabolous baby in d house)... sekarang AMMAR dah 2 tahun 3 bulan.. Untuk semua parents ASD banyakkan knowledge tentang ASD, buat perancangan jangka masa pendek dan panjang disusuli dengan tindakan. Tetapkan apa yang kita nak daripada FBI kid kita dalam tempoh-tempoh tertentu.. Alhamdulillah, Ammar telah menunjukkan banyak peningkatan yang diluar jangkaan.. Gambar ni wife sy Noor Azlina ambik masa bangun tidur 2 minggu lepas... Ammar dah boleh kemas sendiri permainannnya.. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa semua orang.. CAYOK CAYOK!!!" drp Ayub Muiz, KAA
hi all, nak share.. sy dan wife dikurniakan anak yg special, FBI (fabolous baby in d house)... sekarang AMMAR dah 2 tahun 3 bulan.. Untuk semua parents ASD banyakkan knowledge tentang ASD, buat perancangan jangka masa pendek dan panjang disusuli dengan tindakan. Tetapkan apa yang kita nak daripada FBI kid kita dalam tempoh-tempoh tertentu.. Alhamdulillah, Ammar telah menunjukkan banyak peningkatan yang diluar jangkaan.. Gambar ni wife sy @[100000507130746:2048:Noor Azlina] ambik masa bangun tidur 2 minggu lepas... Ammar dah boleh kemas sendiri permainannnya.. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa semua orang.. CAYOK CAYOK!!!

Home Tuition Klinik Math Pak Yoep

 
Daripada pengalaman pak yoep, masih terdapat ibubapa yang tidak dapat membezakan antara Pusat Tuition dengan Home Tuition. Di sini dinyatakan apakah yang dimaksudkan Home Tuition yang ditawarkan oleh Klinik Math Pak Yoep iaitu:
APAKAH HOME TUITION?

Tempoh masa kelas adalah selama 1 jam 30 minit bagi seorang pelajar dan 2 jam jika 2 atau 3 orang pelajar bagi setiap sesi kelas. Bagi yang berminat, boleh membuat pendaftaran sebanyak RM 50 sekali sahaja dan jika lebih dari seorang, yuran pendaftaran hanya dikenakan untuk seorang sahaja.

Untuk penjimatan, kami menyarankan juga jika terdapat rakan-rakan pelajar atau anak kepada kenalan ibu bapa yang inginkan juga perkhidmatan HOME TUITION, mereka boleh berkongsi yuran kelas tuisyen kerana kami hanya mengenakan yuran berdasarkan bilangan kelas dan bukannya berdasarkan bilangan pelajar. Namun, ia masih terhad kepada 3 orang sahaja dalam satu kumpulan bagi setiap kelas
Jika tuan/puan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Klinik Math Pak Yoep boleh hubungi aklindi5919@yahoo.com.

Thursday, December 27, 2012

Kayuhan Pertama


Cerita mengenai anak ke-3 pak yoep.

Sangat aktif bermain. Setiap petang pasti akan bermain dengan kawan2nya di Taman Pengkalan Bidari. Lokasi rumah sewa ke-3 sebelum menginap di rumah sebenar di Medan Pengkalan Megah.

Kisahnya, buat pertama kali PANDAI mengayuh basikal tanpa bantuan roda tambahan pada 24 Dis 2012. Kejayaannya atas cabaran sepupunya yang berumur 5 tahun, Ikhram.

Basikal yang digunakan oleh Haziq telah dibeli 4 tahun yang lepas. Setahun tidak digunakan kerana Haziq tak pandai menggunakannya tanpa roda sokongan.

Kadang2 kesian tengok Haziq apabila melihat rakan2nya berbasikal tapi dia tidak, Kesempatan nak ajar pulak tiada kerana kesibukan pak yoep.

Alhamdulillah, kini dia dah pandai. Tak berhenti2 mengayuh basikal.

Wajah terakhir sepupu pak yoep


"Telah kembalinya adik kesayanganku Allahyarham Mohd Yunus ke rahmatullah pada 15.12.2012 jam 11.40 malam di Hospital HUKM.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.AMIN....." ungkapan kata-kata kakaknya, Azlina....al-Fatihah
Telah kembalinya adik kesayanganku Allahyarham Mohd Yunus ke rahmatullah  pada 15.12.2012 jam 11.40 malam di Hospital HUKM.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.AMIN.....

Ubat penenang anak autisma


Di antara masalah yang kerap dihadapi oleh anak2 autisma ialah hiperaktif. kebanyakan doktor akan mencadangkan ubat penenang seperti ritalin bagi mengawal anak2 autisma ini hiperaktif. 

Berikut dinyatakan pengalaman beberapa sahabat KAA tentang penggunaan bahan tersebut:

Little KID Shoppe Adam dulu doktor bagi Ritalin. tak abis pun guna sebotol .. tiap kali bagi adam dia akan depress kat sekolah.. akibatnya dia mengamuk, baling bag, buku dalam kelas. kalau kawan ejek cepat je dia marah.. Next appointment terus cakap ngan doc tak nak guna ritalin lagi...

Naurah Hanan slm...tq 4 the info,saya juga ibu kpd anak autism..4 thn,naufal namanye..cuma nk share..sy mengamalkn ubt pakar homeopati dr nik omar..alhamdulilah,naufal nampak semakin byk perubahan positif..dah kurang hyper dan mengamuk...dah bleh faham dan ikut arahan yang mudah....sy pun bwa dia kelas pemulihan cara kerja di hospital...dan saya sgt berpuas hati dgn teknik yang di ajar utk di amalkn d umah..bila ada sedikit perubahan pn,sy rasa mcm terima hadiah dr naufal...kita smua sbr ye....mesti ada perubahan pd mereka dgn usaha dan doa dr kita semua KAA..wslm

Norzihan Zakaria irfan pun dibekalkan dgn ritalin...tp sy simpan je..

Nana Roguy slm, tq sudi bca msg ni, sya jga ingin brkongsi pndpt n pngnlman ttg autisme, dlu ank sya jga trpksa mngmbil beberapa jnis ubat bg mgawal epilepsi strusnya hypernya, setelh brumur 4thn epilepsinya trhenti sya brsyukur krna xprlu mkn ubt lg, cuma sy prlu fokus trhadap prkmbngn moto n sbgnya, utk itu dktor syorkn ubt epilim syrup, ritalin, crozipam pil n drop utknya, stlh mngmbilnya mula timbul mslh kurg selera mkn higgakn trpksa dimsukkn ke hspital akibat dmam n gastrik yg truk, sejak itu sya tlh hentikn pgambiln ubat shigga hri in

Wednesday, December 26, 2012

Tumpuan berlebihan anak autisma


 
Tumpuan yang LEBIH kepada anak2 autisma pasti akan menyebabkan anak2 yang lain akan merasa seolah-olah disisihkan walaupun sebenarnya ianya tidak berlaku. Apakah cadangan anda untuk mengatasi masalah ini?
 
 
Komen Rakan2 KAA
 
 
Kak Ngah adik si aiman, menjaga aiman, lebih dari ibu menjaga aiman... kadang-kadang, cemburu juga ibu dengan perhatian aini si adik, kepada aiman, si abang.....
 
Rikka Bunyana Memberikan penjelasan dn pengertian kpd anak yg normal serta memberi dorongan dn suport bhwa dia bs lbh mandiri tnp bantuan bundanya dn mengajaknya untuk ikut serta membantu saudaranya yg autis ..
 
KeLvan Elson latih n didik c adik sejak kecil lg utk lebih mgenali c abgnya..
 
Pinksemalu Collections Saya asingkn satu waktu untuk dia shj..waktu tu ank saya yg autism sy akan tinggalkn dgn parents or suami. Kena pastikan mereka tahu mereka disayangi..selalu peluk, selalu ckp sayang n bagi hadiah juga. Ingat..anak kita yg typikal lah yg akn jaga anak autisme kita bila kita takde atau tak larat..
 
Yati Ali anak sy sll berebut brg..wl dah bli sama ttp si abg yg autism nak semua...cuma dgn mknn je nlh kongsi...saya pastikan makanan bkn saya yg hulur sorang sorang tp akan bg pd salah seorang dr mrk dan mrk sdrik akan agihkan sesama mrk utk didik sifat saling bkongsi...dr segi bkongsi barang blm bjaya lagi
 
Majdi Hamid saya buat aktiviti yg melibatkan mereka. si kakak dah faham masalah adiknya.
 
Sherifa Nawal slalu critakan pd ank2 lain ttg kekurangan abg/adik mrk..slow talk dgn mrk agr mreka faham masalah abg/adik..slalu katakan 'abg tak faham,dia x sihat, kena sayang dia, kena jaga dia....Alhamdulillah,stakat ini,ank2 sy yg lain, fhm masalah abg dia, sbb itu, bila abg dia xde dpn mata, mrk akn cari kot2 hilang kluar dr rumah, so mrk akn pastikan pintu b'kunci dll....

Monday, December 24, 2012

Bahana UBAT penenang autisma

 
"Salam...Hi smua ahli KAA....sekadar b'kongsi pengetahuan dan pengalaman dlm m'didik anak autisme..sbnrnye x perlu utk memberi anak kita ubat 'penenang' bg mnurunkn thp hyperaktif mrk.. sy pasti smua ahli KAA tahu coz ubt2 ni smua mngandungi 'dadah'...dr sudut sains jg bila kita ambil ubt-ubtan,ia bleh m'ganggu kseimbangan hormon dlm bdn..begitu jg dgn pngambilan ubt penenang ini, once kita ambil, spjg masa akn b'gantung dgn ubat & skiranya kita stop buat smentara prlakuan hyperaktif itu akn b'tmbah sbenarnya..ank sy pn hampir nk diberikan ubat itu oleh doc tp atas nasihat dn pandangan dr seorang guru + kaunselor sy cancel hasrat itu..Now dr tnjuk ajar & inisiatif guru + kaunselor trsebut ank sy bleh mnulis, menyanyi, dn mnunjukkan prestasi yg baik di dlm pendidikannya...apa yg sy nmpak di sini buku + akademik adalh jln penyelesaian kpd smua masalah pembelajaran (ADHD,autisme,down syndrom,ADD, dyslexia dll) apa yg pasti method & pndekatan yg diterima oleh ank sy tdk sy perolehi di mana2 pusat pembelajaran khas yg lain. Sy b'ckp ats pengalman sndiri sbg seorg guru + ibu kpd ank istimewa yg berumur 7thn skrg...:) "
Sumber: Sherifa Nawal, KAA
Anak pak yoep , Faqihah, turut mengalami autisma + hiperaktif.  Doktor ada memaklumkan tentang ubat penenang tapi doktor sendiri TIDAK mengalakkan pengambilannya. Apa yang kami lakukan ialah mengikut keadah yang telah diminta oleh pakar terapi pertuturan untuk dilaksanakan di rumah disamping penggunaan produk rawatan alternatif. Alhamdulillah, Faqihah telah kurang hiperaktifnya dan boleh dibawa ke khalayak ramai. Terlalu banyak perubahan berlaku. Kini telah boleh FOKUS semasa guru mengajar.

APAKAH IMPIAN TERULUNG ANDA?


Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “APAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA ANDA MAHU DI DALAM HIDUP INI?”.

Tuisyen Ulangkaji 2012

Senarai pelajar yang sedang mengikuti Tuisyen Ulangkaji Dis 2012
1. Alya (upsr) - Jelapang (2 kali seminggu)
2. Athirah (spm) - Tasek
3. Syazwani/Shahirah (Add math Spm/pmr) - Pengkalan
4. Danial (add math spm) - Tmn Perpaduan
5. Amira/Danial (add math Tg4/Tg1) - Tmn Meru (2 kali seminggu)
6. Kamelia/Zulaikha (upsr) - Pengkalan
7. Najmi (Tg2) - Kepayang
8. Rozaimah (add math spm) - Pinji Mewah
9. Azru (add math) - Ulu Kinta

Beberapa pelajar tidak mengikut sesi Tuisyen Ulangkaji tapi akan meneruskan tuisyen 2013 (Bergantung kepada kekosongan)
1. Afiq (upsr) - Tmn Soon Choon
2. Putera/Firdaus (Tg4) - Jln Pasir Putih
3. Irfan (pmr) - Ampang
4. Loqman/Syazwan(Tg4/Tg2) - Meru Impian
5. Ezham (Tg4) - Pengkalan
6. Rafiq (Tg4) - Pinji Mewah

Peranan suami yang ada anak autisma


Terdapat di mana pihak isteri sahaja yang mengambil berat tentang anak2 autisma. Kadang2 suami tidak mengambil berat mengenai anak2 autismanya. Di antara peranan yang perlu dimainkan oleh suami. sebagaimana dicadangkan oleh Aghaffor Husri  (KAA) ialah:

As'kum utk saya sebagai suami,

1. Saya mendapat penerangan dari isteri (cara berbincang antara suami dan isteri tp jgn ada pihak specially org tua sebab mrk x tau perkara ini )sbb bagi saya kalau doctor memang susah sikit nak di terima hakikat ini. 
 
2. Saya akan cari info sendiri dlm apa jua info termasuk internet. 
 
3. Cuba dpt kan rasa simpati terhadap anak syurga kite supaya anak kite dpt merasa seperti anak lain. 
 
4. Cuba bawa anak ketempat permainan seperti taman permainan mcm saya akan bawa setiap hujung mgg ke swiming pool yg free atau bayar sikit (sebab x mampu tp demi anak cuba agap rezeki dari tempat kerja mgkin utk anak)

Sunday, December 23, 2012

Untuk Mengatasi LUPA



1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.

2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.

3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.

4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).

5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.

6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa.

7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.

8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.

9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.

10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.

11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.

12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.

14. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Petua Islam Untuk Mengatasi Kelupaan 

1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. 

2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.

3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.

4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).

5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.

6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa. 

7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.

8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.

9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.

10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.

11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.

12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.

14. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.

Kenali Wanita..!!!


UNSUR-UNSUR WANITA
a) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air – kedua, keenam, kesepuluh
c) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Nasihat Pengamal Attitude Therapy


Dalam mengamalkan produk Attitude Therapy, nasihat berikut perlu dipatuhi.

Bahaya penyakit rohani ialah ia menjejas akhirat. Sebab itu merawat penyakit rohani adalah lebih diutamakan kerana sifat-sifat mazmumah akan mengeraskan hati dan mengganggu ibadah. Organ-organ yang bertenaga membina kesihatan dapat mencerminkan akhlak yang seimbang dan harmoni, sebaliknya organ-organ yang lemah mencerminkan kepincangan tingkahlaku dan akhlak.

Merawat penyakit rohani tidak sama dengan merawat fizikal. Matlamat rawatan rohani ialah membebaskan pesakit dari terikat dengan nilai kebendaan dan meningkatkan jatidiri pesakit untuk menentang penyakit rohani dan penyakit fizikal serentak.

Berikut adalah kata2 nasihat yang diberikan.

Saturday, December 22, 2012

Bantuan awal persekolahan 2013 diagih

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.

Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.

Anak-anak autisma bukan golongan berisiko atau bodoh

Autisme ialah gangguan perkembangan otak yang dicirikan sebagai masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi, bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang.
 
Anak yang menghidap autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak lembab atau lembam, bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri sendiri, tidak faham bahasa dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Pendapat pakar Psikologi,

“Kanak-kanak autistik bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak penghidap autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal."

“Bagaimanapun, melalui pendidikan betul, individu autistik boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya, faktor kurang pengetahuan ibu bapa mengenai kecelaruan spektrum autistik (autistic spectrum disorder - ASD) ini menyebabkan ramai kanak-kanak ini membesar di bawah paras kemampuan,” katanya (Pakar psikologi, Rica Frances Talon).

Friday, December 21, 2012

Produk Attitude Therapy


Berkerusi roda tidak halang Khairunnisaq capai 8A

JOHOR BAHRU 19 Dis. - Keazaman yang tinggi untuk berjaya sama seperti insan normal lain membuatkan seorang pelajar berkerusi roda, Khairunnisaq Khairuddin memperoleh 8A peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di sini hari ini.

Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi di sini diumumkan sebagai penerima Anugerah Murid Cemerlang Calon Berkeperluan Khas (CBK) Fizikal PMR 2012 bagi negeri ini.

Autisma akibat gangguan JIN


Artikel ini bertajuk Jin sangat Kreatif.

Terdapat enam punca gangguan jin dan iblis. Gangguan ke-5 melibatkan anak2 autisma sebagaimana dinyatakan dalam artikel tersebut iaitu:

"Gangguan kelima yang berpunca daripada jin adalah gangguan terhadap pesakit terencat akal sejak lahir. Kanak-kanak yang mengalami penyakit terencat akal kebiasaannya diganggu oleh makhluk halus. Hal ini kerana daya ketahanan mereka lemah akibat akal fikiran yang kurang sempurna. Berdasarkan pengalaman saya sebagai perawat, ada kanak-kanak yang mengalami penyakit terencat akal seperti Sindrom Down, AUTISM dan Cerebral Palsy ini, terdapat gangguan jin di dalam tubuh badan mereka, terutamanya pada bahagian otak dan urat saraf."

Sukar untuk diterima kenyataan di atas. Jika sesiapa ada pandangan lain boleh kemukakan di ruangan komen. 

Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh melayari artikel penuh di laman web di bawah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121209/ke_04/Jin-sangat-kreatif#ixzz2FTSKkBt7
© Utusan Melayu (M) Bhd



Thursday, December 20, 2012

Result PMR '12 Klinik Math Pak Yoep


Jumlah calon PMR 2012 - 8 orang pelajar 
Alhamdulillah. Beberapa pelajar Klinik Math Pak Yoep berjaya dgn cemerlang dlm mata pelajaran MATEMATIK PMR 2012. 
1. Fakhrul Amin (Tasek) - Math Gred A (Tidak pernah dapat gred A sehingga percubaan PMR)
2. Ezham (Pengkalan) - Math Gred A (Telah mengikuti Klinik Pak Yoep sejak Tingkatan 1)
3. Amira (Tmn Meru) - Math Gred B ( Sentiasa dapat gred E dan D sahaja dlm peperiksaan sebelum mengikuti klinik pak yoep pd Okt  2011)
4. Loqman (Meru Impian) - Math Gred B (Tidak konsisten dalam peperiksaan dan tidak pernah mendapat gred C ke atas)
Syukur sgt2. Semua pelajar klinik pak yoep yang amat payah diajar kerana asas math mereka amat lemah berjaya juga LULUS malah berjaya juga mendapat gred C. Semua yang terlibat mulai tuition Feb 2012.
1. Amirun (Amapang) - math gred C
2. Rafiq (Pinji Mewah) - math gred C
3. Putera (Shatin) - math gred C
4. Firdaus (Kg Sri Kinta) - math gred C

SPM 2012 (Jumlah pelajar - 2 orang) di mana kedua2nya amat lemah dalam matematik
UPSR 2012 (Jumlah pelajar - 2 orang)
Danial (Tmn Meru) dan Noor Fakhira (Pengkalan) memperolehi gred A dlm Matematik UPSR 2012. Pencapaian awal Danial semasa diuji mula2 mendaftar ialah 37% manakala Noor Fakhira sekadar mendapat gred B dalam setiap peperiksaan diperingkat sekolah.
Catatan: 
Klinik Math Pak Yoep LEBIH berminat untuk menerima pelajar yang lemah dalam matematik agar mereka dapat dibantu untuk meningkatkan MINAT dan PRESTASI mereka dalam matematik bagi menghadapi peperiksaan awam masing2.  
Pelajar yang dah baik dalam peperiksaan peringkat sekolah tidak digalakkan memohon kerana nak memberi peluang kepada rakan2 mereka yang lemah dlm matematik menyertai klinik ini. Mereka hanya perlu kerja keras membuat latih-tubi sendirian dan mendapat khidmat nasihat drp guru matematik masing2.

Wednesday, December 19, 2012

Senangnya Kerjaya GURU???

GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai...
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!
-> Time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE.. buat garisan padang... buat
persiapan padang... buat kertas kerja... jadi
PBSM tengah padang... bila murid kalah,
cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak
tu pandai main...
Time budak nak bertanding apa2 acara...
cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene
kritik... cikgu x pandai ajar...
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi
PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x
pandai jaga...
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap,
cikgu ni asyik minta duit....
Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan
utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak
bagi murid tu makan....
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da
tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu
kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg
murid jer...
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari
parent... ape cikgu ajar ni???
Time persembahan hari guru.. cikgu jd
KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak
pandai buat persembahan...
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu
jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu....
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap
tak per... budak2...
Time budak wat persembahan... cikgu jd
PHOTOGRAPHER... yg ajar budak
persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik...
kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
cikgu jadi pak guard siang dan malam...
untuk pastikan anak murid sedap tidur...
cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg
kerja cikgu...
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR
MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp
sebenarnya nak kumpul dana sekolah...
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan
murid... murid hanya gelak pada hari
guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??
Time gotong royong sekolah... cikgu jd
TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid
selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk
sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga
kebersihan...
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..
kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak
sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY
SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan
tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat
surat saman dari parent... sbb jentik anak
dia...
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit
cikgu....
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu
jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak
pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...
Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi
ke???? 
I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi...
GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai...

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!