Monday, October 7, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 6

24. 9. 2019 Nak sambung lagi cerita pasal SEIC.

Sampai je dilokasi tempat penginapan di SKPK Selangor. Guru pengiring minta nak tengok tempat pertandingan Hotel Marriot Putrajaya.

Pak Yoep serba-salah. Pergi atau tidak?

Nak pergi... Tubuh badan terasa letih sangat. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam. Tanpa tukar pemandu.

Tak pergi... Kesian pulak. Guru pengiring amat bersemangat. Terjejas moral pulak nanti.

Moral guru pengiring terjejas bakal mempengaruhi moral peserta juga.

Keputusan diambil.

Teruskan perjalanan ke Hotel Marriot Putrajaya.

Tengok google map hanya 35 minit sahaja.

Rupa-rupanya perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit. Bercampur dengan kesesakan jalanraya.

Selesai tugasan tinjauan tempat pertandingan jam 10.30 malam.

Nak balik jauh.

Nak cari hotel... mahal-mahal tambahan dah malam. Terpaksa cari dua bilik pulak kerana berlainan jantina.

Ke mana pulak kami nak bermalam ini?

No comments:

Post a Comment