Wednesday, October 2, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 4

Tugasan di Putrajaya selama 4 hari. Bermula 24 - 27 Sep 2019. 

Sepatutnya kami tidak datang sekolah pada 24 Sep 2019 kerana hari berkenaan dikira masa perjalanan ke Putrajaya. Pada hari tersebut digunakan untuk melatih peserta lagi sebelum bergerak ke Putrajaya. Kemaskini apa yang patut.

Pergerakan ke Putrajaya ada masalah sikit. Berlaku salahfaham tarikh pertandingan. Maklumat lengkap lambat diterima daripada pihak berwajib. 

Telah dimaklumkan pada keluarga peserta tarikh pertandingan pada 25 dan 26 Sep 2019 berdasarkan maklumat diterima drp pihak berwajib. Malangnya keluarga peserta telah tempah Homestay pada 25 Sep 2019 jam 3 ptg.

Pertandingan 25 Sep 2019... Tak kan mereka datang 25 Sep? Pertandingan pada tarikh tersebut. 

Masalahnya peserta hendak bergerak bersama ahli keluarganya. Tidak mahu bergerak ke Putrajaya bersama guru pengiring. 

Tambahan pula ibunya masih berkerja sampai jam 5.45 petang pada 24 Sep 2019. Bila mereka nak bergerak ke Putrajaya? Mereka akan sampai ke Putrajaya lewat malam. Bagaimana dengan peserta? 

Latihan diperlukan pada malam 24 Sep. 

Peserta akan keletihan sebab sampai lewat di Putrajaya.

Pening jugak nak settlekan masalah ini.


Jawapan tidak diperolehi sehingga lewat malam.


Pergerakan peserta ke Putrajaya dengan siapa?






No comments:

Post a Comment