Friday, October 4, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 5

Galeri gambar di penginapan ini

24 Sep 2019. Ibu peserta hantar peserta ke sekolah untuk sesi latihan bercerita. Ibu peserta dan guru pengiring berbincang jalan penyelesaian.

Keputusan telah diambil. Pergerakan ke Putrajaya menggunakan dua kenderaan. Kenderaan pertama - Peserta dan guru pengiring. Kenderaan kedua - Atok, opah dan ibu saudara. Bergerak bersama-sama ke Putrajaya pada jam 3.30 petang. 

Peserta memerlukan ahli keluarga bersama semasa pergerakan ke Putrajaya. Ibubapa bergerak pada sebelah lewat petang setelah ibunya habis kerja.

Sepanjang perjalanan, peserta berlatih bercerita dalam kereta. Guru pengiring membuat penambahbaikan cara penyampaian bercerita peserta. Siapa pemandu kereta? Siapa lagi kalau bukan Pak Yoep. 

Singgah rehat di RnR Ulu bernam.
Galeri gambar di penginapan ini


Tiada latihan bercerita selepas itu sehingga sampai ke lokasi penginapan.

Lokasi penginapan ditetapkan ialah di asrama SKPK Selangor. Guru pengiring dan Pak Yoep akan menginap di asrama tersebut. Peserta akan menginap bersama keluarga di rumah saudara mereka berhampiran asrama SKPK.

Sukar juga untuk mencari lokasi asrama SKPK. Terpaksa meredah kesesakan jalanraya. Sampai pada jam 8.30 malam. Hampir 5 jam perjalanan.


Galeri gambar di penginapan ini

Atas permintaan guru pengiring, mohon membuat lawatan ke lokasi tempat pertandingan di Putrajaya. Nampak diwajahnya mohon simpati. Perlu pergi untuk tingkatkan keyakinan diri agar boleh terangkan situasi kepada peserta... katanya. Komited sungguh guru pengiring ini. Badan Pak Yoep dah letih sangat rasanya.

Serba salah juga nak buat keputusan. Pergi atau tidak....

Galeri gambar di penginapan ini


No comments:

Post a Comment