Saturday, October 26, 2019

Langkah Permainan Petanque

TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUE


11 STEP DALAM PERMAINAN PETANQUE

Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran 
logam yang di sebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai 
‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 
8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram. 


1. TARGET PERMAINAN
Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan 
lawan.
2. KOMPOSISI PASUKAN.
Permainan petanque boleh dimaikan dengan 3 cara:

3  pemain melawan  3 pemain (triples),
setiap pemain menggunakan 2 boules.


2  pemain melawan  2 pemain (doubles),
setiap pemain menggunakan 3 boules.


1  pemain melawan  1 pemain (single),

                   setiap pemain menggunakan 3 boules.


3. PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN. 

Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk 
menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack 
berukuran 25-35 mm  (diameter). 
Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling 
dan mereka 
akan memulakan permainan.
4. MEMULAKAN PERMAINAN
Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran 
(35 – 50 cm  ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar 
jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar 
jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan 
tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga  boules pemain 
menyentuh gelanggang.



5. LONTARAN BOLA PERTAMA

Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa 
dekat yang boleh. Pemain pertama daripada pasukan merah pula 
masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules kearah
jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.

6. POINTING
Pemain melontar bola secara pointing   (samaada rolls, half lob,
high lob, dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules 
mereka dengan jack berbanding pihak lawan.

7. SHOOTING
Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada 
dekat jack supaya beredar jauh dari jack.

8. JIKA BERJAYA

Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, 
pasukan biru pula akan membuat lontaran.


9. JIKA TIDAK BERJAYA

Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga 
kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis 
bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat 
untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga habis “end”.

10. PENENTUAN MATA

Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola 
pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. 
(Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata).
Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan 
biru mendapat 3 mata. Pasukan yang menang “end” tersebut 
akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya.




11. AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)


Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira 
pemenang.


SEKIAN DAN TERIMA KASIH
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
PETANQUE SUKAN UNTUK SEMUA

KREDIT UNTUK:
GEORGE AIMAN MILIN
019-8884070

No comments:

Post a Comment