Friday, October 4, 2019

Naik Taraf Blog Pak Yoep

Rancang untuk menaiktaraf blog Pak Yoep dengan membeli Domain dan Hosting. Bagaimana cara ? Pak Yoep pun belum pasti. Harap panduan dibawah akan memudahkan pak yoep untuk membuat pembelian. Walaubagaimanapun ada yang selesa menggunakan BLOGSPOT aje. Mohon sesiapa yang yang AKTIF dalam blog boleh beri cadangan.

Beli Domain dan Hosting

Bahagian ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli domain dan juga hosting.
Jumlah bayaran yang diperlukan adalh bergantung dengan syarikat @ penjual yang anda pilih.
Apa syarikat hosting yang perlu saya pilih?
Ada banyak pilihan yang boleh anda buat.
Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan:
  • Sokongan & bantuan teknikal – Anda perlu banyak sokongan jika baru sahaja bermula. Agar tak buntu bila ada masalah.
  • Kos murah & berpatutan – Bersesuaian dengan kemampuan anda.
  • Laju & kurang downtime – Untuk SEO dan juga kelancaran anda membuat blog.
Ketika ini saya menggunakan servis (domain dan hosting) daripada 2 syarikat berikut:
www.namecheap.com adalah pilihan utama yang terbaik jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog.
Laju, jarang ada downtime dan harga murah.
Anda boleh dapat domain dan hosting (pakej stellar) dengan harga RM105 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM160 untuk tahun tahun berikutnya.
Tapi, sebab utama saya sarankan namecheap kerana khidmat sokongan dan bantuan mereka yang sangat baik dan cepat.
Bila anda berhadapan dengan masalah, anda hanya perlu hubungi mereka melalui aplikasi ‘Livechat’ pada laman web mereka (yang mana beroperasi setiap masa @ 24/7!).
Saya boleh jamin mereka akan layan anda dengan baik.
Selain itu namecheap juga akan berikan anda whois data protection percuma. Ini akan merahsiakan data peribadi anda sebagai pemilik laman web @ domain.
www.siteground.com setakat ini merupakan syarikat terbaik yang pernah saya gunakan.
Sangat laju (tersenarai dalam senarai top-10), hampir tidak ada downtime (uptime 99.99%) dan khidmat sokongan yang baik.
Harganya mungkin agak mahal berbanding dengan namecheap.
Untuk domain dan hosting, pakej termurah kira-kira RM267 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM672 untuk tahun-tahun seterusnya.
Jika anda mempunyai bajet lebih atau mungkin anda buat laman web untuk syarikat, jangan fikir panjang – terus ambil servis dengan siteground. 👍
NOTA: Saya pernah guna servis dari ShiftServer (syarikat tempatan) sebagai alternatif kerana harga agak murah. Saya TIDAK sarankan anda ambil khidmat dengan mereka. Saya pernah alami pengalaman buruk dengan mereka. Jika anda sekarang sedang bersama Shiftserver segera usahakan untuk pindahkan domain dan juga hosting anda. Ini serius.
(Saya kehilangan 2 laman web ketika bersama dengan shiftserver)

Panduan membeli domain dan pakej hosting

Sebelum membeli domain + hosting dari mana-mana syarikat periksa dahulu sama ada terdapat sebarang promosi atau tidak.
Ini untuk mendapatkan seberapa banyak diskaun yang boleh.
Promosi tersebut selalunya dipaparkan dalam laman web mereka.
Jika anda memilih untuk menggunakan servis Namecheap ada boleh gunakan panduan berikut.
(Syarikat lain juga lebih kurang sama jalannya)
Cara Beli Domain + Hosting di Namecheap
Lawati ke laman rasmi namecheap: www.namecheap.com.
Pada bahagian menu klik: Hosting > Shared Hosting.

No comments:

Post a Comment