Secara
ringkasnya, Autisme boleh dilabelkan sebagai satu gangguan dimana
kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam berinteraksi dan komunikasi (lisan
dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap
sesuatu objek yang berpusing.
Penyakit
ini tidak dapat dikesan sebelum atau sewaktu anak anda baru dilahirkan. Anda
boleh mula memerhatikan petanda-petandanya apabila umur sudah menjejak 12
bulan dan ke atas. Tetapi secara jujurnya, anak istimewa ini kelihatan
sangat biasa seperti kanak-kanak lain di sekitar mereka.
Sebagai
ibu bapa yang prihatin, anda harus peka terhadap tingkah laku si anak.
Pengesanan di peringkat awal adalah penting supaya dapat membantu mereka
untuk pulih. Jika lewat kelak akan memberi kesan langsung terhadap perkembangannya terutama
dari segi mental.
10 Tanda
Anak Anda Hidap Autisme
1.
Sangat-sangat susah untuk memahami arahan apatah lagi melaksanakannya
2. Lebih gemar menyampaikan pesanan melalui isyarat tangan, bukannya lisan
3. Eye contact adalah sesuatu yang asing baginya. Mengelak bertentangan mata semasa bercakap
4. Menolak untuk disusui oleh ibunya
5. Tidak mengecam ibu bapanya. Di mata mereka, semua orang adalah sama
6. Sering terjaga pada tengah malam lantas menganggu sesiapa sahaja di sekitarnya
7. ‘Alergik’ dengan sentuhan. Berasa tidak selesa apabila orang lain menyentuhnya
8. Tidak menyukai permainan seperti kebiasaan kanak-kanak lain
9. Suka meluangkan masa bersendirian
10. Minat terhadap benda yang pelik seperti suis lampu, benda berpusing

Jangan
panik sekiranya anak anda memiliki tanda-tanda di atas. Jumpa doktor pakar
autisme untuk mengesahkannya dan dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang
harus dilakukan.
Namun,
jangan berasa sedih sekiranya anak anda memang disahkan autisme. Albert
Einstein merupakan antara penghidap autisme di zaman kanak-kanaknya. Lambat
bercakap, sukar berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lihat apa yang terjadi
terhadapnya sewaktu membesar. Terlampau banyak sumbangannya terhadap
perkembangan sains dunia. Isaac Newton pun menunjukkan simptom autisme
sewaktu kecil
Berurusan
dengan anak autisme memang sangat memenatkan. Oleh itu, anda harus
sentiasa bersabar dan melayan sahaja karenah mereka. Insyaallah banyak pahala
anda kerana menjaga anak istimewa ini.
No comments:
Post a Comment