Sunday, September 20, 2015

Ciri autisma yang wajib diketahui

Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autisma Malaysia, satu kajian menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing) di kalangan kanak-kanak di antara usia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak  Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan kelaziman ASD di Malaysia adalah kira-kira 1.6 dalam 1000 kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa autisma adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autisma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor risiko untuk autisma. Di antaranya ialah usia ibu dan bapa yang meningkat, masalah lahir pra matang (< 33 minggu), masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah fungsi otak terganggu seperti jangkitan,  masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan faktor genetik iaitu sejarah autisma dalam keluarga.

Ciri- ciri Autisma
  • Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
  • Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Tiada hubungan mata atau terhad
  • Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka
  • Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka
  • Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
  • Kesukaran dengan memahami isyarat sosial
  • Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
  • Tidak menunjukkan minat
  • Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak
Kemahiran komunikasi – bahasa
  • Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah  dan bahasa badan. Iaitu melibatkan  kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
  • Perbualan satu pihak
  • Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
  • Tiada main olok-olok
  • Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
  • Tidak suka perubahan
  • Mengulangi sesuatu  perbuatan
  • Mengibas-gibaskan tangan
  • Suka memutar objek
Jika anda dapati anak-anak atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri autisma…. Jangan panik!. Walaupun penyakit autisma tidak boleh disembuh, ia boleh dirawat.

No comments:

Post a Comment