Sunday, February 9, 2014

Larangan selepas makan

1. MAKAN BUAH – menyebabkan perut kembung. Digalakkan makan buah 1-2 jam selepas atau 1 jam sebelum makan.
2. MINUM TEH – daun teh mengandungi kandungan asid yang menyebabkan kandungan protein dalam makanan sukar dihadam.
3. MINUM AIS – meminum ais sebelum, semasa, dan selepas makan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk membekukan makanan berminyak yang dimakan.
4. MEROKOK – kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama dengan menghisap 10 batang rokok, menyebabkan risiko penyakit lebih tinggi.
5. BANYAK BERJALAN – menyebabkan kesukaran sistem penghadaman menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.
6. MELONGGAR TALI PINGGANG – melonggar tali pinggang secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat.
7. MANDI – menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan jumlah darah sekitar perut berkurangan. Ia melemahkan sistem percernaan dan boleh membuat jadi buncit.
8. TIDUR – boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mengundang gastrik kerana penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

No comments:

Post a Comment