Faqihah suka membaca terjemahan Al-Quran |
Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, perlaksanaan Home Schooling ke atas Faqihah telah bermula. Kami fokus kepada 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai persiapan untuk menduduki UPSR 2015.
Buat masa ini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibuat secara santai untuk memberikan keselesaan dan penyesuaian diri Faqihah terhadap aktiviti yang bakal dilaksanakan agar tiada kejutan budaya. Kebiasaannya, anak-anak autisma tidak suka kepada perubahan. Apabila peningkatan komitmen telah berlaku, P&P akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Pelaporan
Dalam minggu pertama perlaksanaan, prestasi yang ditunjukkan amat membanggakan. Komitmen tinggi ditunjukkan semasa sesi P&P. Pencapaian Faqihah seperti berikut
Bahasa Melayu (Tata Bahasa)
- Kata Nama Am/Kata Nama Khas - 67%
- Kata Ganti Nama Diri - 58%
- Kata Kerja - 83%
Bahasa Inggeris
- Vocabulary - 79%
Matematik (Nombor Bulat)
- Tulis Nombor dalam Perkataan/Angka - Perlu bimbingan
Sesi P&P akan diteruskan sepanjang Feb 2014.
Mohon penjelasan home schooling ni perlu daftar dgn KPM kh? Cikgu kta cari sdri kh?
ReplyDelete