Friday, February 7, 2014

Anak autismaku dah dewasa


ANAKKU TIDAK DIMINTA DILAHIRKAN MENGIDAP SINDROM ASPERGER

Hari ini genap umur Jef, 27 tahun, Happy Birthday anakku sayang ! 


Pada 30 October 1986, kau dilahirkan mempunyai sifat2 yg sempurna, berambut lebat & hitam spt yg aku idamkan selama mengandungkan mu & terlalu inginkan anak lelaki pd waktu itu.

Kau membesar normal spt anak2 lain tetapi terlalu aktif. Pada ku mungkin itu perangai semulajadi anak lelaki kalau dibandingkan dgn kakak2mu yg tidak terlalu aktif perangai mereka.

Setelah kau mula melangkah persekolahan, dapat ku rasakan kau mula menyendirikan dirimu, tidak mau bergaul dgn kawan2 yg sebaya dgn mu & menjauhkan dirimu daripada orang asing walaupun guru kelas sendiri. Ketika inilah kau didiagnos oleh Pakar bahawa kau mengidap Sindrom Asperger. Sindrom mu tidak sekalipun mematahkan semangat kami malah banyak mengajar kami erti kehidupan sebenarnya. Kami percaya mungkin disebabkan kami, ibubapa yg istimewa & mesti ada hikmah sebaliknya apabila Allah menganugerahkan kami anak yg sangat istimewa & unik spt anak kami, Jef.

Alangkah baiknya jika ada keajaipan sekiranya Mamy & Abah dapat 'if only we could turn back the clock', kami tau dan faham yg dirimu tidak gembira sepanjang persekolahanmu terutama diperingkat sekolah menengah.


Mamy & Abah maukan Jef melupakan pengalaman pahit yg telah berlaku.

Kini kau telah dewasa. Kau telah menunjukkan minat yg agak pelik dan berbeza daripada orang lain. Kau ingin mempelajari dan mendalami bahasa Jepun, budaya Jepun dan apa2 mengenainya.

Bukan itu sahaja Mamy & Abah dapat merasai bahawa dirimu berasa terlalu gembira dan senang hati dgn hobi2 Jepun mu. Kau juga dapat menyesuaikan dirimu dan bergaul dgn orang luar yg mempunyai hobi serta minat yg sama spt mu. Malah kau telah dapat menguasai bahasa Jepun dgn baik dan begitu juga dgn pencapaian peperiksaan antarabangsa Jepun mu.

Terlalu cepat kau membesar didepan mata kami, rasanya baru semalam sahaja melahirkan mu, anakku. Walaupun masih terdapat kelemahan pd dirimu tetapi kau telah menunjukkan banyak perubahan yg sangat membanggakan.

Saat yg paling mengembirakan Mamy & Abah ialah kini kau telah memberikan ilmu yg kau pelajari iaitu bahasa Jepun kepada orang lain dan dapat manfaat daripada mu. Bukan itu sahaja kini giliran Mamy pula mempelajari ilmu daripada anak Mamy sendiri.

Hanya DOA yg dapat Mamy & Abah, kakak2mu dan abang2 iparmu berikan supaya Jef senantiasa menjadi dikalangan anak yg terbaik dan dapat menyesuaikan dirimu didunia luar sana apabila Mamy & Abah tiada lagi disampingmu, Jef.

Ya Allah, Kami mohon pd mu, jadikanlah anak kami, Jef anak yg soleh, taat pd mu dan juga pd kami, ibubapanya. Jadikan anak kami sempurna didunia & diakhirat. Tenangkan hati & jiwa anak kami. Ampunkan dosa anak kami. Berikanlah anak kami petunjuk kejalan yg benar. 


Berikanlah anak kami kekuatan & ketabahan menghadapi cabaran2 yg kau berikan pd nya. Permudahkan langkah2 anak kami. Berikan anak kami kesihatan yg sihat. Murahkan rezeki anak kami. Ya Allah, banyak yg kami ingin mohonkan utk anak kami, Jef, hanya kaulah yg maha mengetahui segala2nya. Amin...

Sumber - Rahsia

No comments:

Post a Comment