Saturday, February 1, 2014

Cadangan Bisness Tuisyen


Selepas Seminar Tuisyen semalam, ada seorang peserta, orang kuat sebuah GLC ajak saya dan Master Yus minum.

Kemudian, beliau menceritakan bahawa beliau telah membuat pinjaman untuk 'setup' sebuah pusat tuisyen, dan sekarang beliau telah melaburkan lebih kurang RM25k untuk mula dari 'scratch'. Sebelum ini 'syok' tengok saudara buat tuisyen, jadi beliau pun rasa nak buat tuisyen tanpa ilmu dan mentor.

Oleh sebab terlalu fokus untuk setup, renovation menyebabkan sehingga sekarang, kelas tuisyen masih belum beroperasi. (Untuk pusat tuisyen sebaik-baiknya kelas harus dimulakan pada Disember atau selewat-lewatnya Januari)

Jadi cadangan untuk beliau:

- Fokuskan pada Branding pusat Tuisyen beliau; nama, logo, social branding, design yang profesional dan lain-lain

- Marketing: online; bagaimana nak gunakan social media sebagai social proof & offline untuk 'tawan' wilayah

- Niche: cari pengkhususan atau speciality yang menyebabkan klien akan mencari kita

- Positioning: survey pusat tuisyen lain dan apa yang mereka tawarkan. R&D untuk 'position'kan pusat tuisyen beliau

- Unique Selling Point (USP): fikirkan keunikan yang boleh memberikan added value pada pelajar dan ibu bapa

- Free: Apa perkara percuma yang dia boleh offer pada klien. Contohnya: Free talk, free class for 1h month, free registration fee, free module, free starter-kit, free quran class dan lain-lain

- Teknik untuk mencari tutor/cikgu tuisyen yang berkualiti

- Sewakan bilik untuk pendapatan sampingan

Alhamdulillah, dia sudah nampak jalan dan bersedia untuk meneruskan perjuangan beliau

p/s: Dalam bisnes, kami sangat menekankan konsep 'lean start-up', iaitu bermula dengan apa yang ada di tangan. Modal ilmu, buku, kenderaan, bajet marketing (puluhan atau ratusan ringgit sahaja).

Dapat profit, baru 'rolling' atau invest untuk perkara lain. Tidak perlu buat pinjaman untuk mengurangkan risiko.


Sumber- Mohd Noor Mohd Tahir

No comments:

Post a Comment