Sejujurnya, sepanjang pengalaman kerja saya, tiada kes autism yang boleh disamakan atau dibandingkan. Mereka semua unik, ada ciri tersendiri dan keupayaan yang amat berbeza.
Saya boleh membuat senarai 50 orang kanak-kanak autism yang datang terapi, terapi tiada satu pun kesimpulan yang dapat merumuskan teknik tertentu untuk merawat komunikasi kanak-kanak autism.
Sebagai therapist, saya benar-benar kena nilai setiap individu, dapatkan baseline masing-masing dan plan terapi mengikut tahap kebolehan dan kesesuaian individu.
Tidak dinafikan ada ciri-ciri autism klasik yang sering dilihat. Contohnya sikap obses pada sesuatu, mengelak eye contact, menggerakkan tangan dengan pergerakkan ganjil, tidak berminat pada permainan dan masalah untuk bersosial. Namun ciri-ciri klasik ini tidak mencerminkan tahap IQ kanak-kanak.
Kemahiran pra-pertuturan umumnya amat sukar bagi kanak-kanak autism. Ini kerana mereka berada dalam dunia mereka tersendiri sehingga berasa tidak perlu dan tidak penting untuk berkomunikasi. Oleh sebab inilah, dalam sesi terapi bersama kanak-kanak autism, kemahiran pra-pertuturan amat dititikberatkan.
Berikut adalah kemahiran pra-pertuturan:
1) eye contact
2) daya tumpuan
3) bermain
4) mengikut giliran
5) memadankan
2) daya tumpuan
3) bermain
4) mengikut giliran
5) memadankan
Kebiasaannya, kanak-kanak autism yang mempunyai daya tumpuan yang baik dan kemahiran bermain yang bagus, melambangkan kemungkinan untuk bercakap dengan bagus. Bukan semua kanak-kanak autism tidak bercakap. Ada yang boleh bercakap dan bersembang dengan baik. Mereka masih boleh memahami kepentingan komunikasi dalam hidup.
Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa memahami perspektif kanak-kanak autism dan menangani isu-isu yang berkaitan. Menerima seadanya mereka adalah satu perkara, namun persoalan yang lebih besar ialah, – apa nak buat lepas tu?
Maka, buat ibu bapa yang mempunyai anak autism, segeralah dapatkan rawatan intervansi awal dari speech therapist atau occupational therapist. Belajar teknik-teknik dan applikasikan di rumah bersama anak anda. Jangan biarkan anak autism terkurung dalam dunianya berseorangan.
Sumber - Ruby
No comments:
Post a Comment