Monday, February 10, 2014

Mudahnya Mengubati Autisma Bila Mendapat Pertolongan Allah...



Rasa bangga dan syukur yang tak terhingga apabila membaca perkongsian rakan2 semua terhadap perubahan serta kemajuan yang dialami oleh anak2.. walau terkadang, semangat yang setinggi gunung, seluas lautan boleh jadi tanah yg datar, boleh menjadi lautan yang kering namun keyakinan yg kuat terhadap kesembuhan anak2, kita bangkit semula membina semangat, ya! demi mereka..

Tetapi saya yakin..disebalik kejayaan2 itu ramai lagi ibu bapa yg masih bersikap ' wait n see' atau menerima bulat2 kekurangan anak, dengan menganggap itu adalah takdir mereka yg telah ditetapkan Allah dan tidak akan berubah sampai bila2, hanya kerana usaha2 yg dilakukan tidak membuahkan hasil..

Sepanjang pengalaman mendidik anak autism, saya temui misteri, keajaiban dan keunikan dalam diri mereka sehingga saya benar2 insaf dengan kuasa Allah yg maha esa. Autism berbeza dgn downsyndrom atau penyakit2 mental disorder yg lain mereka ini sekiranya diberi ransangan dan didikan yg betul dari awal, subhanallah kemampuan mereka melebihi anak2 normal yg lain. Memetik kata2 dari Dr Hasnah Toran semasa saya menghadiri kursusnya,  "Keadaan anak2 autism sgt tidak diduga, mereka boleh menjadi lebih teruk atau lebih baik dgn kelebihan yg mereka ada bergantung pada rangsangan yg kita berikan pada mereka"

Apakan kita akan berdiam diri dan membiarkan keadaan anak kita menjadi lebih teruk..semestinya tidak!

Dalam usaha mengubati mereka perkara pertama yg perlu kita baiki ialah hubungan kita dgn Allah..kita seharusnya sebagai manusia yg lemah perlu mengakui yg pengetahuan kita amat terhad, langkah kita belum tentu tepat malahan adakah usaha kita benar2 berkat dalam perjuangan merubah mereka..justeru pada siapa yg lebih kita percaya untuk menolong kita lantaran banyaknya halangan dlm diri utk berjuang?

Kita sering mendahulukan 'manusia', ilmu, ubat dan teknologi terlebih dahulu sebelum mendahulukan Allah yg sebenarnya kuasa penyembuhan  mutlak ada pd Nya..

Umpama seorang engineer yg merekacipta sebuah mesin. Apabila mesin itu rosak, lalu kita mencari seorang yg pakar utk membaikinya. Pengetahuan pakar itu pasti tidak sama dgn perekanya. Maka kita akan lebih mudah membaiki mesin tersebut dgn merujuk kpd perekanya.
Begitulah halnya kita dgn Allah..dgn merujuk kpdnya usaha kita lebih terarah kerna dia sahaja tau rahsianya dimana..jalan keluarnya bagaimana..

Meminta dan mendahulukan allah dlm usaha kita bukanlah bermakna allah akan menjawabnya dgn turunnya malaikat dr langit utk menghantar penawar utk anak2 kita..atau dgn mengalami mimpi utk mengarahkan kita berbuat apa..

Cuba kita hayati pujukan allah melalui ayat alquran ini..

surah Talaq 65:2&3 “Barangsiapa bertaqwa kepada Alla, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkakannya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah berkuasa terhadap sesuatu."

Sungguh ayat ini menjadi motivasi paling kuat saya sewaktu peringkat awal mengubati anak saya. Setiap kali rasa kecewa dtg menyapa saya akan berkali2 mengingatkan diri dgn janji Allah melalui ayat tersebut bahawa barang siapa bertawakkal, maka allah akan beri jalan keluar.. ya! Jalan keluar..melalui jalan keluar itulah saya berusaha..sehingga byk perkara yg pd asalnya mustahil bg saya tp berlaku dgn mudah sewaktu proses mengubati anak saya..

Disinilah menunjukkan kekuasaan Allah.. disinilah kasih sayang Allah..dan disinilah menunjukkan keadilan Allah.. kalaulah anak2 ini hanya boleh diubati dgn ubat suplement yg mahal, dgn bantuan pakar yg terbaik, dgn instrument yg canggih dan dgn menghantarnya ke pusat2 bertauliah yg mahal, tidak adillah Allah kepada anak2 autism yg dtg dr keluarga yg tidak mampu menyediakan itu semua utk mereka..

Allah tidak akan meletakkan sesuatu ujian kpd hambanya melampaui kemampuan hambanya. yakinilah janji Allah ini..mulakan langkah baru utk berjuang mengubah anak2 kita dgn membaiki hubungan kita dgn Allah yg menciptakan mereka utk kita...
Memiliki mereka membuatkan saya benar2 menghayati kehadiran Aidil Adha yang baru lepas dgn lebih bermakna..kronologi tentang kisah Nabi Ibrahim benar2 membuatkan saya rasa kerdil dlm berjuang merubah anak..

Benar Ibrahim mencintai Ismail..tetapi cintanya pd Allah..melebihi segala yg ada dilangit dan bumi  dan seisinya..ibrahim tdk mempertikaikan perintah Allah malah menerima ujian itu dgn redha kerana yakin dgn hikmah ujian tersebut..

Siti Hajar yg solehah juga tidak mempertikaikan keputusan suaminya  kerana keyakinannya yg amat tinggi sbg seorg ibu terhadap pertolongan Allah..malah dgn tenang memujuk Ibrahim, "lakulanlah perintah tersebut dgn tenang, kerana perintah tersebut dtg dr Allah yg menjadikan api itu sejuk ketika engkau dibakar dahulu maka aku yakin akan ada pertolongan darinnya terhadap ujiannya ini.."

Mengapa Ibrahim di uji? kerana Allah ingin menguji  cinta hamba pd pencipta..siapakah yg Ibrahim dan Hajar cari ketika diuji utk  mengorbankan anak..?adakah dia mencari manusia, mencari penawar atau apa sahaja utk mengelakkan dr terjadinya korban..tidak! Pergantungan, kepercayaan, serta keyakinan yg tinggi pd Allah melebihi segalanya sehingga dtgnya pertolongan yg luar biasa dr Allah..

Allah huakbar wallilah lil hamd..siapalah kita berbanding Ibrahim dan Hajar..ujian kita jauh lebih kecil berbanding mereka..merekalah model ibubapa contoh bg kita, ibu bapa yg sdg diuji, bg kita,ibu bapa yg sdg berjuang..dgn mengikuti langkah Ibrahim dan Hajar sahaja yg mampu melahirkan zuriat sesoleh Ismail..

Jadilah bapa seperti ibrahim yg mengutamakan Allah dlm segala perkara..jadilah ibu spt Hajar yg selalu mengharapkan pertolongan Allah dlm mendidik anaknya..redhalah dgn ujian, kerana kita dipilih oleh Allah utk membuktikan cinta pdnya..selepas itu lihatlah pertolongan Allah dtg tanpa hentinya..Allah hu akbar!!...

surah Al Baqarah 2:214 “Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah”

Percayalah Allah maha menolong..dia tidak akan sesekali menyusah apatah lg mengabai selagi mana kita menjaga hubungan dgnnya..selagi mana kita mengharap hanya padanya.. kita akan merasai momen2 indah ketika merubah mereka apabila mendapat pertolongan Allah..

Sumber - Ar Rizky

No comments:

Post a Comment