Monday, February 4, 2013

Tiada REZEKI kak long ke MRSM


"RM0.20 MARA: Harap Maaf! AC1481017. Anda TIDAK BERJAYA ditawarkan ke ting1 MRSM...."

Di atas adalah ungkapan yang pak yoep terima semasa sms ke 15888 untuk mengetahui keputusan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2013. Ini bermakna anak pak yoep, Noor Fakhira (kak long) gagal dalam permohonan tersebut.

Semakan juga dilakukan atas talian MARA. Keputusannya tetap sama.

Walaupun gagal, kami sekeluarga redho dengan takdir tersebut. Akan ada hikmah disebalik kegagalan tersebut.

Sekarang, keputusan 5A dalam UPSR bukan merupakan tiket utama untuk kelayakan dalam memasuki MRSM.

Sebenarnya, kami sekeluarga amat mengharapkan kak long memasuki MRSM Kota Putra yang menawarkan program hafazan dan IGCSE. Mungkin kak long tiada kelayakan menyebabkan dia gagal dalam permohonan tersebut.

Rayuan telah dibuat dan berharap kak long berjaya ditempatkan di mana2 MRSM. Kalau boleh ditempatkan di MRSM Kota Putra juga.

Respon kak long, nampaknya dia redho.

No comments:

Post a Comment