Friday, February 8, 2013

Action Song


Buat pertama kali terima surat pemberitahuan drp SK Cator Evenue bahawa Haziq dipilih untuk mewakili pasukan sekolah ke peringkat daerah Kinta Utara dalam aktiviti 'Action Song'.

'Action Song' adalah antara program anjuran Kemeterian Pelajaran Malaysia yang dipertandingkan sehingga ke peringkat kebangsaan. Latihan diadakan pada setip hari Isnin, Selasa dan Khamis jam 12.30 tgh hingga 2 petang.

Nampak gayanya padat aktiviti Haziq pada hari tersebut. Selepas 'Action Song' ke sekolah agama rakyat kemudian ke kelas Iqra dan malam tuisyen.

Diharap Haziq akan terus aktif dengan aktiviti diperingkat sekolah. Syukur sangat2, sepanjang dua tahun lepas, Haziq berada dalam kelas ke-4 tiada aktiviti disertainya mewakili sekolah. Kini setelah berada dalam kelas ke-2, barulah terserlah bakatnya dilihat oleh guru.

No comments:

Post a Comment