Friday, January 4, 2013

Buku TEKS pertama Faqihah



Buat pertama kalinya Faqihah menerima buku teks. Setelah 5 tahun berada di sekolah tanpa menerima buku teks. Tahun ini, Faqihah telah ditempatkan dalam kelas Anggerik iaitu kelas pertama dalam program pendidikan khas SK Seri Mutiara. Berdasarkan buku2 yang diterima..Faqihah mengikuti silibus Tahun 3.

Sampai di  rumah Faqihah terus membuka buku2 teksnya dan meminta abah membalut buku2 tersebut. pekakas membalut tiada maka ditangguhkan tugasan membalut pada sebelah malam.

Sebelah malam, selepas Isya..abah membalutnya keseorangan. Nak minta umminya, sibuk di dapur. Minta tolong kak long, sibuk dgn kerja2 sekolahnya. Faqihah...tak pandai nak buat apa2 terutama tugas2 memotong. Sebanyak 12 buku perlu dibalut. Pada jam 10.30 mlm tugasan membalut selesai.

Kelihatan Faqihah amat gembira menerima buku2 tersebut. Faqihah amat minat dengan buku-buku. Sepanjang 2012 banyak buku-buku sekolah dibawanya balik ke rumah.Sebelum tidur malam Faqihah akan membaca buku...

Amat diharap pihak sekolah dapat memberi perhatian agar Faqihah dapat belajar dengan baik. Kami juga turut berusaha dengan menghantar Faqihah tuisyen yang dianjurkan Brighter Future. Dengan harap Faqihah dapat menduduki peperiksaan UPSR dalam tempoh 3 tahun ini.

No comments:

Post a Comment