Thursday, January 10, 2013

Hari pertama persekolahan anak autisma 2013


Assalamuailaikum..

syukur alhamdulilah ..anak saya ruhi aqeel bin ruhi mukhlis telah ditempatkan di sekolah rendah pendidikan khas seri kota,kota bharu..

setelah seminggu ruhi aqeel cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah biasa ternyata..ruhi xmampu untuk menguruskan diri dengan sempurna dan memerlukan bantuan saya untuk menguruskan segalanya...

Saya korbankan masa kerja saya selama 8 hari dan segala hal yang lain untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepadanya.Alhamdulilah..Allah telah mempermudahkan segala urusan saya dengan sempurna dengan hanya 1 hari sahaja. bemula berjumpa dengan doktor pakar psikiatrik di husm dan terus naik ke JPN kelantan di unit Pendidikan Khas dan submit borang OKU di JKM bagi permohonan kad Ruhi Aqeel...

dan pada hari ini..ruhi aqeel mendaftar di sekolah khas.hati saya xmampu utk menahan sebak di dada dan tetiba mengalir airmata dengan nasib ruhi aqeel. tapi saya tabahkan diri saya utk menerima hakikat yang sebenar. dan saya yakin dengan segala ketentuan dari ALLAH..

sebagai ibu ,saya berdoa agar di suatu hari nanti ruhi aqeel menjadi salah seorang diantara orang yang berjaya..

mohon agar semua mendoakan kebaikan die..aminnn

Sumber: Ibu KAA

No comments:

Post a Comment