Apabila bercakap dengan anak, sentuhlah dia, serta pandang tepat ke wajah/matanya; gunakan ayat yang pendek dan mudah.
Apabila mahu menerangkan sesuatu kepada anak, pastikan ada
ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda
mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas
Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak atau menyanyi bersamanya
Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara
ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping
berjumpa dengan orang yang baru dikenali
Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu
anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa
antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari
perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
Cuba menjadi pendengar yang baik dengan berusaha menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak.
Jika apa yang diucapkannya tidak jelas seperti pelat,
jangan sesekali mengulangi sebutannya; sebaliknya bantu anak dengan
menyebut perkataan yang tepat sebutannya yang anda rasa mungkin itulah
yang cuba disebut anak
Pelajari gerakan lidah dan bibir. Penggunaan cermin boleh membantu.
Sumber:
Bharian
No comments:
Post a Comment