Tuesday, August 28, 2012

Ciri2 autisma Faqihah Ogos 2012

Faqihah bersama Pn Hayati, ibu saudara

Autisme:

- Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah autisme dan statistik kini menunjukkan ada kira-kira 47,000 penduduk negara ini menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.


Ciri-ciri autisme:


1- Tidak mampu bersosial

Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal.

Ini termasuk tidak menghiraukan orang lain, kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain, tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap dan lebih suka bermain sendiri.


Faqihah: Telah mampu bergaul dgn orang2 disekelilingnya tetapi dalam tempoh yang terhad. Pergaulan dengan adik-beradik tiada masalah malah perihatin terhadap adik-beradik yang lain. Boleh bertolak ansur dalam pelbagai perkara.


2- Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Lambat bercakap, mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang, bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap seperti robot, sukar memulakan percakapan, mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.


Faqihah: Telah tiada masalah dalam pertuturan kecuali susunan ayat tidak teratur tetapi boleh difahami. Bahasa yang digunakan BM dan BI. lebih lancar sekiranya dia menggunakan Bahasa Inggeris.


3- Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan, mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan, menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.

Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan, mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang, tidak boleh duduk diam.


Faqihah: Telah tiada masalah jika dibandingkan semasa kecil. Walaupun umurnya dah menghampiri 11 tahun, dia masih berminat bermain dgn anak patung yang sentiasa dalam pegangannya termasuk waktu tidur.


4- Masalah tingkah laku

Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri, bersikap pasif, tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk.

Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.


Faqihah: Masih menghadapi masalah tingkahlaku terutama hiperaktif (kurang). Kadang2 mengamuk jika kehendaknya tidak dipenuhi walaubagaimanapun kebiasaanya dapat ditenangkan dan menerima realiti. Kerap bercakap seorang seperti mengingati semula apa2 saja yang dilihat melalui astro atau internet. Suka meniru pelakuan apa yang ditengok. Ini merupakan satu2nya masalah yang masih tidak dapat diatasi sehingga menyebabkan dia tidak dapat diinklusifkan (masuk kelas pelajar normal).

No comments:

Post a Comment