Wednesday, August 8, 2012

Anugerah Gemilang Akademik 2012 Kak Long


Buat kali ke-2 Kak Long (Noor Fakhira Izzah Izzati) menerima anugerah dalam bidang akademik. Kali pertama pada tahun 2008, semasa berada dalam Tahun 3. Kini, 2012, semasa berada di Tahun 6 di atas kejayaanya semasa Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Prestasi akademik Kak Long meningkat secara perlahan-lahan. Tahun Satu dia berada di kelas ke-2 (Kelas Cemerlang). Tahun 2 dia ditempatkan ke kelas pertama (Bestari) sehingga ke Tahun 6. Walaupun berada di kelas pertama, pencapaian akademik Kak Long tidak membanggakan. Kedudukan peperiksaan dalam kelas biasanya diantara 25 - 31 drp 35 pelajar.

Peningkatan akademik Kak Long berlaku semasa dia berada di Tahun 5. Drp kedudukan ke-31 semasa Peperiksaan Akhir Tahun 4, melonjak ke kedudukan ke-14 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun di Tahun 5. Seterusnya ke kedudukan ke-8 dalam Peperiksaan Akhir Tahun semasa Tahun 5.

Prestasi akademik masih dikekalkan semasa Tahun 6. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 2012, Kak Long berjaya memperolehi 4A 1B.

Anugerah Gemilang Akademik kali ke-2
Anugerah disampaikan oleh NYDP PIBG

No comments:

Post a Comment