Friday, August 10, 2012

Shopping RAYA dgn anak2 autisma

RAYA dah dekat... Adakah anda TURUT membawa anak2 autisma anda membeli-belah keperluan raya di pusat membeli belah? Walau apa pun masalah yg bakal dihadapi PELUANG perlu diberikan kepada anak2 autisma untuk sama2 merasai suasana tersebut.


KOMEN RAKAN KAA

Top of Form
Ricky Bravo Khairul anam kene tunggu beberapa tahun lagi masih sukar dikawal di khalayak ramai

Syahrul Nizar Abdullah bawak pegi tesco je... senang.... sebab anak suka lepak dalam troli...


Norafni Razali Nik Muhd Akhmal tidak berapa suka nak beli2 baju nii... hanya suka makan....Lepas makan, jom my home mum.. ♥ :)

Nazrulazhar Bahaman Sudah semestinya.

Syaqila Yusof bazli afham 4thn memang sukar di control cuba alih pandangan beli makan sepajang tolak troli beli barg,,sbg ibu dia ada hak nak rasaim semua itu..

Hadiqah As ahmad izzuddin pun klu ada tetamu n ditmpat ramai org dia kan lasakla

Rafidah Ibrahim letak dlm troli...

Syarila Bahari mmg letak dlm troli la jawabnye. dah tak larat dah nak control umur dia dah 4 tahun.

Noradilah Abdullah saya bawa dzariff shopping baju di sogo waktu umat manusia punyala ramai. tapi bawa bekal siap2...air kotak dan koko krunch. cari tempat duduk di kawasan baju adidas kid...lepas tu saya dan suami gilir2 mencari baju untuk dia, kutip 4-5 helai bawak ke tempat duduk tu untuk dicuba

Sham Shah Every year, never fail to bring my Daniel utk shopping baju raya dia...tapi tak boleh lama, so, kalau nak shopping baju raya dia, kena buat tu je & then, heading back home b4 he gets bored n buat perangai..

Sitijuraidah Zahari Sudah semestinya...bawak tetap bwk...tapi berperang ler...

Hasmawati Malik Sentiasa bwk bersama x kira shoping raya @ apa shj...:-)

Mie Ahmad Bwk je....sepanjang jalan Hadif menyapa org....pas tu kalo nmpk perempuan cntk, siap dia bg tau....saya cintakan perempuan tu.....tapi bdk2 perempuan tu (remaja & akhir remaja) ok je...

Mie Ahmad Sama cam Dila cari 4 helai t-shirt & jeans kiko saiz 14 (th dpn dh x de saiz lg...) try 1 je kira muat semua....beli krayon & buku utk dia mewarna pas tu abah & hadif masuk kete, mama nk shopping baju kakak lak....blk rmh semua org angkat beg baju raya masing2 termasuk abah hadif....mama angkat beras je la utk masak sahur...hu hu hu

Qudsyah Aisy tak pernah tinggalkan kecuali ke pasar... Insyirah suka tgk ikan besar... dia akn static kat situ.

KELAB ANAK AUTISME Faqihah semasa kecil...amat lasak. Sukar dikawal. Jk tidak pasti HILANG. Digagahi juga membawanya membeli belah pakaian raya. Tak sampai hati tak bawak sekali. Bila dah besar ni...dia yang pilih sendiri. Bila teringat saat2 yg lalu...tersenyum sendiri. Pengalaman yg sangat indah..

Hayati Jafar very true

Nor Rahimah Esa ank sy fitri pon same cam faqihah..lau shopping dulu sure jantung brdeba,coz dia suka main lari2,dh nk pitam dh cari yg ajaibnya dia xkn hilang akn cari kita blk kat mane last kita brsame td..tp skg fitri dh beso dh nk masuk 8thn,byk sgt brubah lau shopping akn ikut jee,dia plak yg risau lau xjumpa salah seorg ahli keluarganya..yg wat sy lebih gembira sampai ke hr nii fitri xpenah lg ponteng posa..alhamdullilah ya allah, dmpermudahkn mjaganya..t.kasih kpd cikgu2 n pengasuh d'taska yg byk jugak membantu,jasa baik anda hanya allah yg dpt memblsnya.. 

 Sumber: KAA

No comments:

Post a Comment